Cara Mudah Untuk Kekal Sihat Sepanjang Hari | Dalam seharian , banyak perkara yang kita lakukan dan lalui yang melibatkan otakjuga tubuh badan kita . Seperti mesin , badan kita juga perlukan rehat secukupna untuk beberapa seketika sebelum memulakan operasinya lagi pada keesokan paginya .
Cara Mudah Untuk Kekal Sihat Sepanjang Hari
Oleh itu , kita perlu lakukan sesuatu untuk memastikan supaya tubuh badan dan sistem di dalamnya kekalsihat untuk jangka panjang . Berikut ada beberapa cara mudah untuk kekal sihat sepanjang hari yang anda boleh praktikkan .
1- Mandi Sebelum Subuh
Pukul 5 pagi adalah waktu oksigen paling bersih dan segar . Apabila bangun dan mandi pada waktu itu , secara langsung kita dapat sedut oksigen paling bersih dan ianya sangat baik untuk sistem tubuh badan kita .
Selain itu , mandi sebelum subuh juga dapat menurunkan suhu panas badan kita terutama ketika sedang melalui cuaca el nino . Secara tidak langsung , ianya dapat mengelakkan kita menglami demam dan selsema .
2- Senaman Ringan
Apabila kita tidur menggunakan kipas angin tanpa menutup badan , rongga badan kita jadi terdedah . Bila angin sejuk meniup , maka rongga-rongga terbuka itu akan menyimpan angin sejuk tersebut .
Menunaikan solat subuh adalah salah satu senaman ringan yang baik untuk mengendurkan otot kita yang sudah tidur hampir 6 jam .
Bagi mereka yang tidak solat , perlu rajinkan diri melakukan senaman ringkas seperti stretching dengan menggerakkan seluruh anggota badan . Tujuan senaman ini dilakukan adalah selain mengendurkan otot , ianya juga dapat membuang angin sejuk dalam badan dan seterusnya memudahkan pengaliran darah .
3- Senam Sebelum Mandi
Lakukanlah senaman sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mandi untuk mengekalkan postur bentuk badan ideal anda .
4- Sarapan
Elak tidak ambil sarapan kerana pagi adalah waktu perut anda benar-benar kosong . Jika perut anda tidak di isi , mesin dalam perut anda tiada sebarang bahan untuk diproses seterusnya gagal memberikan tenaga kepada anda dan akan menganggu sistem metabolisme tubuh juga .
Tidak mengapa mengambil sarapan yang berat asalkan bukan makanan berlemak . Ambillah oat tanpa susu kerana oat adalah sumber makanan yang kaya dengan serat , sangat baik untuk jantung dan dapat membantu menurunkan kolesterol anda .
5- Bergerak
Jika anda melakukan kerja hanya dengan duduk di atas kerusi , anda perlu cari masa untuk melakukan pergerakan seperti menaiki anak tangga tanpa menggunakan lif . Kalau kedudukan pejabat anda di tingkat yang banyak , cukuplah menaiki tangga untuk setingkat sebelum menggunakan lif .
Jika anda perlu berurusan ke tingkat bawah atau pun atas , gunakan sahaja tangga untuk merangsang metabolisma , membakar kalori dan juga lemak dalam badan anda .
Jika anda hanya seorang suri rumah , banyakkan bergerak dengan melakukan sebarang jenis kerja . Jangan hanya duduk menonton tv sahaja . Ini kerana berjalan / bergerak adalah sangat baik untuk jantung selain membantu menghantar oksigen ke seluruh sel badan .
6- Senyum Dan Ketawa
Kita perlu ceriakan awal hari kita dengan senyuman dan ketawa . Ketawa dan bergurau senda dapat membantu meregangkan tekanan pada otak , menjadikan otak kita cergas dan cerdas sebelum kita melakukan kerja .
7- Berfikir Positif
Mulakan hari anda dengn memikirkan dan melakukan perkara yang positif . Kaedah ini secara langsung dapat melupakan kita pada penyakit dan masalah yang kita sedang alami .
Jauhi diri anda dari mengumpat , memfitnah dan berkata perkara yang tidak berfaedah .
8- Diet Sihat
Ambillah hidangan yang mengandungi cukup zat untuk diet tengahari anda . Kurangkan pengambilan nasi , jangan ambil makanan berlemak .
Elak skip waktu makan anda sebaliknya ambillah diet yang ringkas di setiap waktu makan anda ( dalam jumlah yang sedikit ) seperti
- oat ketika sarapan
- buah ketika 10 pgi
- ambil hidangan seimang dengan sedikit nasi ketika tengahari
- salad pada pukul 4 petang
- roti pada 7 malam
Sekiranya anda merasa lapar pada waktu malam , makanlah beberapa keping biskut bersama segelas susu suam .
Ingat ! Pastikan perut anda kosong dalam tempoh 4 jam sebelum tidur supaya anda dapat tidur dengan selesa .
9- Pandang Langit
Pada jam 3 ataupun 4 petang , anda digalakkan untuk memandang langit untuk sekurang-kurangnya 5 minit . Ini bertujuan untuk rehatkan otak anda yang sudah penat bekerja dari pagi selain metabolisme yang semakin menurun .
Sambil itu , lakukan pergerakan bebas untuk meregangkan otot bagi anda yang melakukan kerja hanya duduk di atas kerusi sahaja . Kaedah in dapat memebantu anda mengurangkan tekanan .
10 - Alihkan Pandangan
Alihkan pandangan mata anda dari skrim komputer sekurang-kurangnnya sejam sekali untuk beberapa minit untuk memberi ruang pada otot mata anda dari terus tegang . Selain itu , ianya dapat menjaga kecerahan mata anda untuk jangka panjang .
11- Siapkan Kerja
Siapkan kerja secepat mungkin untuk elak stress . Stress yang berlebihan akan menyebabkan penyakit kronik dan kanser hinggap ke badan anda .
12- Minum Air
Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk mengeluarkan radikal bebas dalam badan dan kekotoran dalam buah pinggang melalui air kencing dan perpeluhan .
13- Kurangkan Makanan Manis
Gula / glukosa mampu meningkatkan kadar lemak dalam badan selain boleh merangsang pelbagai penyakit kronik seperti diabetis dan kanser .
Gula yang merupakan kalori dan mengandungi bahan kimia mampu merosakkan organ pankreas dan merosakkan organ lainnya .
14- Gym
Jika anda ada masa terulang , ambil 2 jam dari masa anda untuk melakukan senaman di gym . Senaman di gym dapat membantu membakar kalori dan lemak yang bersarang dalam badan .
Selain itu , senaman juga dapat membantu mengeluarkan bahan kimia dan radikal bebas serta menjadikan badan mampu menghantar oksigen ke seluruh badan termasuk otak .
15- Luangkan Masa Bersama Keluarga
Bergurau senda dan melakukan aktiviti bersama anak-anak adalah terapi yang sangat baik dalam mengurangkan tekanan selepas waktu bekerja .
16- Solat Dan Mengaji
Solat malam dan mengaji akan memberikan ketenangan pada hati , jiwa juga otak kita . Jadinya , kita akan dapat tidur dengan lena .
17- Gadget
Kurangkan pengguna gadjet kerana radiasi pada gadget tidak baik untuk tubuh badan kita .
18- Sumber Semulajadi
Gunakan bahan semulajadi untuk merawat wajah anda seperti timun , putih telur , madu , minyak zaitun dan lainnya .
Selain mengelakkan kulit wajah kita terdedah seara berlebihan dengan bahan kimia , ianya dapat mengelakkan jeragat dan kulit kusam selain menjadikan wajah kita lebih berseri-seri .
19- Tidur Yang Cukup
Anda perlukan tidur 8 jam sehari untuk kulit yang sihat selain menyihatkan organ dan memberikan pembiakan terbaik kepada sel induk tubuh untuk membaiki kerosakan .
Perlu anda ketahui bahawa setiap hari banyak sel badan kita yang rosak dan mati .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon