Bagaimana Air Wuduk Menyerikan Wajah ?



Bagaimana Air Wuduk Menyerikan Wajah ? | Seri wajah bukan boleh didapatkan tanpa melakukan apa-apa . Walaupun sekadar menggunakan air , air itu tetap menjadi agen pembersih muka agar kelihatan bersih berseri .

Banyak cara untuk menjadikan wajah berseri sama ada cara moden ataupun tradisional. Bagi yang berduit , melakukan facial dan menggunakan kosmetik berjenama adah cara untuk mendapatkan wajah berseri . 

Bahan kimia yang berlebih , akan menjadikan wajah lebih terdedah kepada banyak penyakit seperti jerawat berkelompok dan juga kanser kulit . Oleh itu bahan semulajadi adalah lebih selamat . Bagi yang mengutamakan bahan alami , pelbagai petua boleh dilakukan untuk membangkitkan seri wajah .

Bagaimana Air Wuduk Menyerikan Wajah ?

Bagaimana Air Wuduk Menyerikan Wajah ?


Bagi yang mendahulukan agama , air wuduk adalah sebaik-baik agen penyeri wajah secara semulajadi . Bagaimana air wuduk dapat menjadikan wajah berseri , kelihatan segar dan bercahaya , berikut ada penjelasannya .


1- Subuh 


Bangun pada awal pagi  adalah waktu yang paling buruk pada wajah kita . Air wuduk yang disapukan pada muka menjadikan kulit muka tegang dan segar .

2- Zohor 


Tengahari adalah waktu puncak di mana kekotoran sudah berkumpul di wajah . Mencuci muka dengan air wuduk bukan sekadar dapat menghindarkan muka dari kekotoran malah dapat mengelak dari terkena jerawat .

3- Asar 


Petang adalah waktu wajah kita paling lesu kerana seharian melakukan kerja dan menguus anak - anak . Air wuduk ketika waktu asar menjadikan wajah kita kembali bermaya dan bercahaya .


4- Maghrib


Air wuduk pada solat Maghrib dapat mengindarkan dari penyakit resdung dan juga mulut berbau .

5- Isyak


Di waktu malam , selepas selesai semua urusan , adalah waktu untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah . Air wuduk ketika malam dapat menjadikan muka bercahaya , bersih dari kemungkaran sehingga ke subuh dan dapat elakkan diri dari gangguan jin .




Ada juga yang mengamalkan kaedah tradisional untuk menghasilkanseri wajah dari dalaman seperti meminum air yang mengandungi halia , serai , halba , cekur dan lempuyang yang direbus bersama . Air rebusan herba ini diminum sebelum tidur dan sebelum sarapan sebanyak scawan setiap hari .


Artikel Terkait

  • Scrub For Skin Exfoliation Scrub For Skin Exfoliation | Out with the old , in with the new . That's the basic premise behind skin exfoliation ,
  • Cara Mudah Hilangkan Jerawat Cara Mudah Hilangkan Jerawat | Tak ada orang sukakan jerawat terutama wanita  kerana wajah adalah alat utama un

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng