Resepi Mudah Buat Capati 5 Minit | Capati merupakan makanan tradisi bangsa India . Capati mula terkenal di Malaysia selepas pihak British membawa masuk pekerja India ke Pulau Pinang ( Negeri-negeri Selat ) untuk djadikan pekerja di sektor perladangan .
Capati
Capati merupakan hidangan yang ringkas . Capati selalunya di makan bersama masakan kari sama ada dalca mahupun kari ikan , daging dan ayam sebagai pencecahnya .
Capati diperbuat dari tepung Atta yang dibancuh bersama air dan dimasak tanpa menggunakan minyak .
Resepi Mudah Buat Capati 5 Minit
Untuk menghasilkan Resepi Mudah Buat Capati 5 Minit , bahan-bahan yag diperlukan adalah
- tepung Atta
- air panas
- garam
- minyak sapi
- tepung gandum
Selepas semua bahan di atas sudah disediakan , ambil bekas / mangkuk , masukkan satu paket tepung Atta , 1 sudu kecil garam dan air panas secukupnya . Ulikan semua bahan sehingga sebati .
Ambil sedikit doh dan bulatkan . Selepas itu leperkan di atas papan canai menggunakan penggiling sehingga menjadi nipis dengan kadar 2 mm . Pastikan capati berbentuk bulat .
Taburkan sedikit tepug gandum ke atas capati sebelum meletakkan capati di atas kuali leper tanpa minyak . Masak capati selama 30 saat , selepas itu terbalikkan pula .
Ambil kain , tekan capati ketika capati masih separuh masak supaya capati mengembang dan menghasilkan gelembung .
Apabila capati sudah menggelembung , sapukan satu sudu minyak sapi di atas capati sebelum capati diangkat .
Makan capati di waktu sarapan sudah dapat memberi tenaga hingga ke tengahari kerana ia membekalkan karbohidrat yang mengandungi kalori yang tinggi .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon