Biskut Semprit Susu


Biskut Semprit Susu | Ini adalah kali pertama Cynta buat biskut semprit . Selalunya tengok je cara chef buat di tv dan baca di majalah . Hasil sentuhan kali pertama ini tidak mengecewakan cuma bentuk biskut semprit yang jadi macam - macam sebab tak tahu teknik sebenar mencetaknya .


Biskut Semprit Susu


Biskut Semprit Susu


Untuk sentuhan pertama ni Cynta memilih susu sebagai bahan campuran biskut semprit . Susu pekat manis menjadi pilihan Cynta . Rasanya memang tidak mengecewakan dan tetap cair di dalam mulut . Jom kita tengok cara - cara menghasilkan biskut semprit susu ni .

Bahan - bahan :


1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan butter
Tepung jagung secukupnya 
Essen Vanilla
Pewarna 

Cara Membuatnya :


1- Masukkan susu pekat manis dan butter . Kacau hingga sebati dan ringan .
2- Masukkan essen vanilla dan pewarna . Gaul sebati .
3- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan dan mangkuk .
4- Masukkan ke dalam acuan pencetak , tolak menggunakan jari .
5- Bakar dalam suhu 160 darjah selama 10 minit menggunakan api bawah sahaja .

Untuk hiasan pula , terpulanglah kepada anda nak hiasan yang bagaimana pada biskut semprit susu anda . Asalkan anda suka , itu sudah cukup . Biskut semprit susu ni mudah hancur . Jadiya , berhati - hati bila menyimpannya .




Artikel Terkait

  • Roti Bamboloni Gebu Roti Bamboloni Gebu Bomboloni merupakan sejenis roti. Bentuknya seperti pau juga seperri roti burger. Texturnya lemb
  • Resepi Mudah Sambal Belacan Buah Pelam Resepi Mudah Sambal Belacan Buah Pelam | Sambal belacan memang dah sinoim dengan orang melayu . Ada sesetengah orang
  • Cocktail Selasih Segar Di Tekak Cocktail Selasih Segar Di Tekak | Kalau setiap kali berbuka puasa asyik minum jus , teh , kopi pun jemu juga. Lagi pu
  • Resepi Mudah Buat Lemonade Resepi Mudah Buat Lemonade | Lemonade merupakan sirap kegemaran masyarakat barat . Lemonade ini dihasilkan dari gabun

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng