Resepi Asas Membuat Muffin Sukatan Cawan | Muffin merupakan hidangan yang popular dalam majlis seperti majlis harijadi , majlis kahwin , majlis bertunang dan sebagainya selain kek cawan . Acuan cawan kertas yang digunakan menjadikan muffin lebih mudah untuk dihidangkan . Idea hidangan muffin berasal dari barat dan kemudian berkembang ke seluruh dunia .
Resepi Asas Membuat Muffin Sukatan Cawan
Muffin dihasilkan lebih kurang sama dengan adunan membuat kek . Ada beza tetapi sedikti sahaja . Ada pelbagai jenis muffin yang ana boleh hasilkan dengan mencampurkan bahan-bahan lain seperti lobak merah , kacang pican , halia , serbuk kayu manis , labu , pisang , kismis dan sebagainya .
Sebelum menghasilkan muffin yang pelbagai itu , anda perlu ketahui dulu resepi asas membuat muffin sukatan cawan yang sangat mudah .
Bahan yang diperlukan untuk membuat muffin sukatan cawan adalah 1 cawan tepung gandum , 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat . Ketiga-tiga bahan ini diayak bersama . Tujuannya supaya strukturnya menjadi ringan .
Selepas itu , sediakan pemutar kek , masukkan 1/2 cawan butter , 1/2 cawan gula pasir , 1/2 cawan susu pekat manis , 1 sudu kecil esen vanilla dan secubit garam . Putar sehingga kembang dan gebu .
Setelah adunan butter sudah kembang , masukkan 2 biji telur . Putar sehingga adunan menjadi kembang dan ringan . Tutup pemutar .
Proses membuat muffin sukatan cawan yang terakhir , ambil spatula , masukkan tepung gandum yang diayak bersama soda bikarbonat dan baking soda tadi sedikit demi sedikit . Kacau guna kaedah kaup balik menggunakan spatula . Berhenti bila adunan sudah mesra .
Panaskan oven 10 minit . Masukkan adunan 3/4 daripada cawan kertas muffin . Rehatkan adunan muffin sebentar sementara menunggu oven panas .
Bakar adunan muffin mengikut kepanasan oven masing-masing selama lebih kurang 20 minit sahaja .
LIHAT JUGA :
Resepi Asas Buat Kek Span Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Doh Roti Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Kek Sukatan Cawan
Cara Mudah Tukar Gram Ke Cawan
Cara Mudah Buat Krim Kek Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Kek Span Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Doh Roti Sukatan Cawan
Resepi Asas Buat Kek Sukatan Cawan
Cara Mudah Tukar Gram Ke Cawan
Cara Mudah Buat Krim Kek Sukatan Cawan
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon