Cara Mudah Buat Hidroponik Di Rumah



Cara Mudah Buat Hidroponik Di Rumah | Hidroponik merupakan salah satu alternatif tanaman kepada yang gemar berkebuh tetapi tiada tanah atau tidak cukup ruang untuk melakukannya . Selain itu , kaedah hidroponik juga lebih bersih dan dapat mengelakkan semut masuk ke dalam rumah .


Cara Mudah Buat Hidroponik Di Rumah

Hidroponik


Hydro bermaksud air . Hidroponik pula merupakan kaedah tanaman yang menggunakan air sebagai ganti kepada tanah untuk pemberi nutrisi kepada pokok yang ditanam selain cahaya matahari . Oleh itu , kaedah penanaman hidroponik boleh dilakukan di dalam rumah asalkan tumbuhan tersebut mendapat cahaya utuk melakukan proses fotsintesis .

Hidroponik , walaupun tidak menggunakan tanah sebagai medium tanaman , ia tetap memerlukan bahan lain sebagai sokongan seperti kapas , sabut kelapa , pecahan batu bata , batu kerikil , serbuk kayu dan kain kasa nilon .

Terdapat berbagai jenis kaedah penanaman hidroponik seperti
  • hidroponik kultur agregat
  • hidroponik kultur air
  • Hidroponik teknik filem nutrisi

Cara Mudah Buat Hidroponik Di Rumah


Cara Mudah Buat Hidroponik Di Rumah


Jika mahu membuat kaedah tanaman hidroponik di rumah , secara kecil-kecilan , ianya sangat mudah dilakukan . Beberapa bahan berikut diperlukan untuk membuat hidroponik di rumah .
  • botol minuman 
  • kapas
  • air
  • biji benih 

Cara Mudah Buat Hidroponik Di Rumah


Apabila semua bahan di atas sudah disediakan , proses pertama yang anda perlu lakukan adalah 
  1. memotong botol minuman menjadi dua .
  2. tuangkan air ke dalam botol minuman pada bahagian bawah .
  3. rendamkan kapas ke dalam air 
  4. masukkan kapas ke dalam bahagian ( mulut botol ) atas dan biarkan kapas terjuntai 
  5. taburkan biji benih di atas kapas
  6. letakkan mulut botol di atas bahagian bawah ( pastikan kapas mencecah air )

Cara Mudah Buat Hidroponik Di Rumah


Selepas itu , letaklah botol yang sudah siap itu di tempat yang mendapat cahaya matahari seperti di tepi tingkap . 

Perlu diketahui bahawa , tanaman hidroponik tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara langsung . Ini akan menyebabkan air mudah tersejat dan kering .

Menanam sayur dan juga buah-buahan menggunakan kaedah hidroponik sebenarnya lebih sihat kerana tiada penggunaan bahan kimia . Selain itu , hasil tanaman dan buah-buahan juga lebih berkualiti . 

Tetapi , kaedah penanaman hidroponik hanya sesuai dengan beberapa jenis tanaman sperti tomato , lada benggala , tembikai , bayam , sawi dan kangkung .

Kaedah penanaman hidroponik sangat sesuai dilakukan pada tanah yang kurang subur dan tidak sesuai untuk menanam , musim sejuk dan juga musim kemarau .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon