Khasiat Bawang Putih Merawat Kanser



Pelbagai Khasiat Bawang Putih | Bawang putih merupakan sejenis bahan makanan yang sentiasa digunakan dalam kebanyakan masakan oleh pelbagai kaum di Malaysia . Namun begitu , ada juga sebilangannya yang mengambil bawang putih dalam bentuk mentah sebagai ulam di dalam diet seharian mereka . 

Kebanyakan individu menggemari aroma dan rasa yang dihasilkan tanpa mengetahui khasiat bawang putih yang sebenar . Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum L, dikatakan mempunyai pelbagai kegunaan terapi termasuk menghalang pengumpulan platlet .

Kajian mengenai bawang putih semenjak tahun 1930-an merumuskan bawang putih mentah dan pelbagai jenis ekstrak yang disediakan seperti minyak , jus , serbuk dan sebatian yang ditulenkan , dipercayai memberi kesan di dalam bidang perubatan . 

Khasiat Bawang Putih Merawat Kanser

Khasiat Bawang Putih Merawat Kanser


Sementara itu , kajian di dalam makmal dengan mengaruhkan kanser pada haiwan mendapati bahawa bawang putih mengandungi bahan yang boleh menghalang pelbagai jenis kanser seperti kanser buah dada , kanser kolon , kanser kulit , kanser esofagus dan kanser hepar . 

Bawang putih juga dikatakan mempunyai bahan kimia yang berguna iaitu elbine yang boleh mencegah pelbagai jenis kanser . 

Bukti menunjukkan fungsi bawang putih bukan saja dapat mencegah atau mengawal penyakit kardiovaskular , malah dapat mencegah dan memberi rawatan pada beberapa jenis kanser , terutamanya kanser buah dada .


Penyakit Lain


Dalam beberapa kajian yang lain , bawang putih telah menunjukkan kesan perangsang pada beberapa enzim yang diketahui terlibat dalam penghapusan bahan toksik . 

Selain itu , penyakit lain yang boleh diubati dengan bawang putih ialah penyakit sistem penghadaman , melancarkan peredaran darah , penyakit kulit , penyakit gigi dan banyak lagi .

Bawang putih diketahui kaya dengan kandungan sulfur dan dipercayai sumber yang terkaya dengan sebatian sulfur antara pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan .

Kemampuan bawang putih mempengaruhi metabolisme sulfur mungkin menandakan fungsinya dalam tapak jalan detoksifikasi . Disebabkan bawang putih boleh mengaruh beberapa enzim detoksifikasi dan mempunyai aktiviti anti barah dalam beberapa sistem , kemungkinan ia boleh bertindak sebagai bahan pencegah kanser seperti agen pencegah yang lain termasuklah selenium dan retinoids .

Terdapat tiga bentuk bawang putih yang sering digunakan di dalam bidang perubatan iaitu biji bawang putih yang dihancurkan , minyak bawang putih dan juga serbuk dalam bentuk kapsul . Bawang putih segar mempunyai 49% protein , 25% minyak dan sebagainya .

Agen aktif yang utama dalam bawang putih adalah allicin . Allicin adalah komponen yang tidak stabil dan tersedia untuk ditukarkan oleh beberapa tapak jalan untuk membentuk hasil skunder pelbagai sulfida dan menyumbang ciri perisa dan bau pada bawang putih . 

Hasil kajian mendapati bahawa ekstrak bawang putih segar ( mentah ) menunjukkan kesan perlindungan terhadap penyakit barah hati dengan menurunkan enzim penanda kanser .

Bawang putih mempunyai pelbagai jenis khasiat . Amalan memakan bawang putih secara mentah atau bahan tambahan dalam masakan mungkin mampu untuk melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit kronik seperti barah dan sebagainya .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon