Daun Markisa Rawat Radang Saraf


Daun Markisa Rawat Radang Saraf | Buah Markisa mempunyai isi seakan-akan buah leletup iaitu sejenis tumbuhan menjalar yang sering didapati di semak-samun dan tepi pagar . Tetapi buah markisa lebih besar , berbau harum , banyak air dan rasanya manis dan sedikit masam .

Markisa atau nama saintifiknya , Passiflora edulis Flavicarpa datang dari keluarga Passifloraceae , besarnya lebih kurang sebiji oren .

Daun Markisa Rawat Radang Saraf

Markisa terbahagi kepada dua jenis utama iaitu markisa kuning ( Passiflora edulis var flavicarpa ) dan markisa ungu ( Passiflora edulis Sims ) . Antara keduanya , buah markisa bewarna ungu didapati mengandungi lebih banyak jus dan rasanya juga lebih manis berbanding markisa yang berwarna kuning .

Markisa berwarna kuning pula mengandungi beberapa jenis iaitu Brasillia Golden dn Golden Giant . Sementara markisa berwarna ungu pula lebih banyak jenisnya dan yang paling terkenal adalah Black Knight , Edgemill , Frederick , Kalura , Paul Ecke , Purple Giant , dan Red Revor .

Markisa jenis kuning banyak di tanam di Asia dan di negara separuh tropika seperti di selatan Brazil , Paraguay sehinggalah ke utara Argentina . Sementara markisa jenis ungu pula boleh ditemui dengan banyak di Australia , New Zealand dan Afrika Selatan .

Di kalangan penggemar buah markisa di pasaran antarabangsa , buah ini dikenali dengan nama Passion Fruit , Granadilla , Purple Granodilla ataupun Yellow Passion Fruit . 

Selain dibuat perasa minuman ringan atau kordial , haruman markisa juga membuatkan ia sering menjadi pilihan utama menghasilkan serbat dan juga membuat jem dan agar-agar komercial . Markisa juga boleh dimakan begitu sahaja dengan menambahkan sedikit gula untuk mengurangkan rasa masamnya . 

Kaedah yang paling popular dalam penggunaan buah markisa adalah membuat jus dengan mengisarnya bersama ketulan ais , air , gula dan sedikit soda bikarbonat . Hasilnya adalah koktel yang sungguh enak dan menyegarkan apabila diminum .

Selain diminum jusnya , daun pokok markisa pula boleh digunakan untuk merawat radang saraf , hentikan sakit perut , hentikan cirit birit , disentri dan merawat penyakit sukar hendak tidur ( insomnia ) . Caranya , hanya perlu rebus daun markisa , kemudian biarkan suam barulah diminum . Minum dua kali sehari iaitu sebelum tidur dan sebelum sarapan . Bagi menghentikan cirit birit dan sakit perut , selepas rebus daun markisa , boleh la minum bila air sudah suam .

Kepada yang berminat untuk menanam pokok markisa , ianya sangat mudah . Pokok markisa boleh ditanam melalui bijinya , keratan dahan atau rantingnya . Pokok mrkisa juga tidak perlu penjagaan rapi dan cepat berbuah . Pokok markisa boleh menjalar di mana sahaja termasuk pokok juga tiang .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon