Tips Mudah Buang Getah Nangka | Nangka atau lebih dikenali dengan Jackfruit merupakan buah yang memiliki banyak ulas didalamnya . Warnanya yang kekuningan dan rasanya yang manis sangat sedap dimakan selepas disimpan didalam peti sejuk .
Selain boleh dimakan begitu sahaja , buah nangka juga boleh dijadikan campuran dalam bubur manis seperti bubur cha cha , pengat ubi , bubur biji sagu dan sebagainya . Selain itu , nangka juga boleh direbus dan dijadikan campuran di dalam koktail . Jika anda rajin , anda boleh kisar ulas buah nangka untuk dibuat aiskrim .
Selain nangka yang sudah masak , nangka yang masih mentah juga boleh dimakan . Anda hanya perlu buang kulitnya , selepas itu rebuslah sehingga lembut . Bila sudah lembut , anda boleh simpan didalam peti atau terus masak untuk dijadikan hidangan .
Nangka mentah boleh dimasak lemak cili padi / gulai , masak kari , masak sup bersama ayam / daging dan juga masak goreng tumis pedas .
Bila anda mengupas nangka , anda tak akan lari dari terkena getahnya . Untuk mengatasi masalah getah nangka atau membuang getah nangka di tangan anda ada beberapa cara yang anda boleh gunakan , antaranya :
- gunakan sarung tangan jika ada
- sarungkan tangan anda dengan plastik
- sapukan minyak pada tangan dan pisau yang anda gunakan
Selepas sapukan minyak dan getah ada ditangan anda , sapukan sabun dan cucilah seperti biasa .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon