2 Cara Mudah Buat Telur Separuh Masak | Telur separuh masak sangat popular sebagai hidangan ketika sarapan . Ada orang gemar makan telur separuh masak bersama madu , ada juga yang makan telur separuh masak bersama kicap . Apa pun campurannya , telur separuh masak sangat sesuai dimakan ketika perut sedang kosong .
Khasiat Telur Separuh Masak
Telur separh masak mengandungi gizi yang tinggi seperti jumlah lemak 4.65 g@7% , lemak tepu 1.432 g@7% , kolesterol 186 mg@62% , sodium 122 mg@5% , Potassium 55 mg , Karbohidrat 0.49 g , Serat , Gula 0.49g dan Protein 5.51g .
Tahukah anda bahawa telur separuh masak banyak khasiatnya kepada kesihatan serta kehidupan anda ? Kalau tak percaya , berikut adalah khasiat telur separuh masak yang anda tidak ketahui.
- membantu menurunkan berat badan
- anti penuaan
- serap asid dalam perut kosong ketika sarapan
- membantu menguatkan daya ingatan
- cara masakan yang lebih berkhasiat
- membantu membentuk otot
- membantu menyehatkan mata
- membantu mencegah anemia
- membantu melancarkan metabolisma tubuh
- membantu menstabilkan sistem imun
2 Cara Mudah Buat Telur Separuh Masak
Hendak membuat telur separuh masak ini mudah sahaja tetapi ada dua cara yang berbeza . Pun begitu , kedua-dua cara tersebut sangat mudah dilakukan tetapi akan menghasilkan telur separuh masak yang berbeza fizikalnya .
1- Cara Merebus
Untuk menghasilkan telur separuh masak dengan cara merebus , anda perlulah pastikan air masak tersebut dalam keadaan mendidih sebelum anda masukkan telur . Biarkan selama 5 minit sahaja . Selepas itu , angkat dan masukkan dalam air sejuk / ais . Hasil telur separuh masak adalah seperti gambar diatas .
2- Merendam Dalam Air Panas
Untuk kaedah ini , anda perlu didhkan air , kemudian tuangkan air yang sudah mendidih tersebut ke dalam bekas . Masukkan telur . Pastikan telur itu terendam sepenuhnya . Tutup bekas dengan rapat supaya haba tak mudah keluar . Keluarkan telur selepas 30 minit . Hasil telur separuh masak adalah seperti gambar di atas .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon