Cara Mudah Tanam Kangkung



Cara Mudah Tanam Kangkung | Kangkung adalah sayuran yang mudah didapati dikawasan berair seperti paya , tali air , anak sungai dan juga parit . Tumbuhan menjalar inijuga boleh tumbuh di tanah yang lembap serta mengandungi bahan organik yang tinggi . Kangkung memiliki batang yang lembut dan kosong dibahagian tengahnya . Terdapat dua jenis kangkung iaitu kangkung berdaun lebar dan juga kangkung berdaun bujur memanjang .


Cara Mudah Tanam Kangkung


Kangkung memiliki nama saintifiknya iaitu Ipomeo Aquatica . Selain itu , kangkung diberi gelaran sebagai water morning glory ( seri pagi air ) , water spinach ( bayam air ) dan juga Convolvulus di sesetengah negara .

Kangkung merupakan tumbuhan dari genus Ipomeo dalam keluarga tumbuhan Convolvulaceae yang sama kumpulan dengan ubi keledek ( Ipomeo batatas ) dan juga tumbuhan berbunga seperti pokok seri pagi ( Ipomeo cairica ) .

Cara Mudah Tanam Kangkung


Selain hidup meliar , kangkung juga mudah ditanam . Terdapat tiga kaedah penanaman kangkung yang anda boleh lakukan seperti :

1- Biji Benih


Kangkung boleh ditanam menggunakan biji benih yang anda boleh dapatkan di pasaraya dan juga pusat tanaman . Cara menanam pokok kangkung menggunakan biji benih sangat mudah . Anda boleh mengikut panduan menanam kangkung menggunakan biji benih yang terdapat pada paket biji benih .

Biji benih kangkung boleh ditanam dengan menabur terus ke atas tanah sama ada di atas batas atau pun di pasu dan juga beg poli yang anda boleh beli di pusat tanaman dan juga pasaraya .

Kaedah tanaman biji benih sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar ( rumah pangsa / rumah teres ) yang memiliki laman terhad . 

Selepas biji benih ditabur , hasil pokok kangkung akan dapat dituai selepas 30 hingga 40 hari iaitu semasa daunnya masih muda dan kehijauan serta lembut .

2- Keratan Batang


Menanam kangkung menggunakan keratan batang juga mudah dilakukan . Selepas mengerat batangnya , masukkan batang tersebut ke dalam bekas yang mengandungi air . Biarkan sehingga batang kangkung mengeluarkan akarnya . Selepas itu , bolehlah di tanam pada batas ataupun dalam polibeg .


Cara Mudah Tanam Kangkung

3- Keratan Pokok Berakar


Apabila membeli sayur kangkung dipasar , dihujung batang kangkung tersebut biasanya memiliki akar . Selepas mengambil bahagian atas untuk dimasak , bahagian bawahnya bolehlah direndam dalam air untuk mengalakkan pertumbuhan tunas baru . Bila tunas sudah tumbuh , barulah dipindahkan ke atas tanah . 

Jenis tanah yang boleh digunakan untuk menanam kangkung adalah jenis tanah yang gembur dan kaya dengan bahan organik . 

Campuran medium tanah yang sesuai untuk penanaman kangkung di dalam pasu adalah 3 tanah gembur : 2 bahan organik : 1 pasir sungai . 

Penjagaan


Selepas menanam batang kangkung / biji benih , air perlu disiram sebanyak dua kali sehari pada hari panas supaya tanah sentiasa lembap bagi menyokong tumbesarannya .

Pokok kangkung perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk mendapatkan daun yang lebat serta pokok yang sihat .

Banyak jenis baja boleh digunakan ke atas pokok kangkung termasuk baja organik ( tahi ayam ) supaya pokok kangkung lebih subur .



Kangkung masak ikan masin dan kangkung goreng belacan merupakan menu kegemaran ramai selain dijadikan campuran dalam gado-gado , pecal dan young taufu juga dijadikan ulam yang dicecah sambal belacan .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Unknown
AUTHOR
17 March 2017 at 03:34 delete

Terima qaseh atas perkongsian

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon