Kek Keju Mudah Sukatan Cawan


Kek Keju Mudah Sukatan Cawan | Cynta sudah lama merancang nak buat kek keju tapi masih belum ada keberanian . Takut tak menjadi gamaknya . Sehinggalah Cynta jumpa resepi kek keju jepun . Terpesona dengan kegebuan kek keju tu , maka Cynta nekad nak cuba juga buat kek berasaskan keju .


Kek Keju Mudah Sukatan Cawan


Kek Keju Mudah Sukatan Cawan


Cynta dah biasa buat kek guna sukatan cawan . Bila jumpa resepi kek gunakan sukatan gram , Cynta kena cari kaedah tukar sukatan gram ke cawan . Kalau anda nak tahu kaedahnya , boleh klik di SINI . Akhirnya , dapat juga Cynta menghasilkan kek keju mudah sukatan cawan . Anda nak tahu ? Jom teruskan membaca langkah seterusnya .


Kek Keju Mudah Sukatan Cawan


Bahan - bahannya :


Bahan Keju


250 gm Cream Cheese ( satu paket )
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan susu cair
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Campurkan semua bahan dan pukul hingga kembang . Anda perlu berhati-hati sebab susu cair itu akan merecik . Jadinya anda perlu hancurkan cream cheese terlebih dahulu . Bila adunan sudah kembang , letak tepi .


Kek Keju Mudah Sukatan Cawan

Bahan Kek


3 biji telur grade A
1 cawan gula halus
1/2 sudu teh krim tartar
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 teh baking powder

Cara Membuatnya :


1- Pukul telur bersama gula dan krim tartar sehingga gebu . 
2- Ayak bersama tepung gandum , soda bikarbonat dan baking powder . 
3- Selepas itu , masukkan tepung gandum ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dengan putaran perlahan . 
4- Masukkan pula adunan cream cheese . Gaul guna kaedah kaup balik .
5- Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan minyak / marjerin . butter .
6- Letakkan loyang di dalam bekas berisi air yang sudah mendidih , masukkan ke dalam oven .
7- Bakar adunan menggunakan api bawah selama 60 minit / 1 jam atau sehingga masak .


Bila dah kelur dari oven , Cynta suka sangat sebab tengok kek tu naik cantik je . Apalagi , jom lah cuba !



~ Air tangan Cynta Zaa ~



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Fidah Shah
AUTHOR
31 August 2015 at 23:01 delete

Boleh la hantar siket ke Bangi..nampak sedap ni.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
3 July 2016 at 01:04 delete

krim of tartat tu xpe kn klau tak guna?

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon