Resepi Mudah Buat Mee Laksam Sukatan Cawan


Resepi Mudah Buat Mee Laksam Sukatan Cawan | Cynta teringin nak makan laksam . Jadinya kenalah buat mee laksam sebab tak beli pun yang dah ada di pasaran . Lagipun semua bahan ada , jadinya Cynta cuba dan kongsikan dengan anda di sini .


Resepi Mudah Buat Mee Laksam Sukatan Cawan


Laksam merupakan makanan kegemaran orang negeri Terengganu, Perak dan Kelantan . Dari negeri mana asalnya Laksam ni datang , Cynta tak tahu . Laksam ni lebih kurang sama dengan Laksa . Bezanya cuma pada kuah dan jenis mee yang digunakan. Laksam mennggunakan santan sebagai kuahnya manakala laksa pula menggunakan asam jawa . Bahan asasnya sama iaitu ikan rebus yang dikisar .

Resepi Mudah Buat Mee Laksam Sukatan Cawan


Untuk membuat mee laksam ni mudah saja . Cara membuat mee laksam pun tak cerewet cuma anda perlu tahankan jari jari anda menggulung lempeng mee laksam ketika masih panas . Bunyinya macam ada cabaran di situ . 

Di bawah ni , Cynta kongsikan bahan-bahan dan cara membuat laksam sendiri di rumah .

Resepi Mudah Buat Mee Laksam Sukatan Cawan


1- Sediakan bahan -bahan berikut
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit garam
Kisar semua bahan di atas di dalam pengisar sehingga sebati



Resepi Mudah Buat Mee Laksam Sukatan Cawan


2- Sediakan kuali leper yang tak melekat , buka api .

3- Ambil satu senduk adunan ( ikut saiz kuali leper anda ) , tuangkan di atas kuali leper .


Resepi Mudah Buat Mee Laksam Sukatan Cawan

4- Ratakan adunan mee laksm ke seluruh kuali sehingga dapat adunan yang nipis . 

5- Bila sudah masak ( dalam 1 minit ) , keluarkan .

6- Terus gulung ya . Jangan tunggu sejuk pula nanti tak melekat pula .


Untuk sukatan tepung adunan laksam di atas , Cynta dapat hasilkan sebanyak 14 gulung  mee laksam menggunakan kuali leper Cynta yang sederhana siznya itu .

Selamat mencuba ya . Mudah saja bukan .

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon