Resepi Mudah Kek Keju Marble Sukatan Cawan | Sebelum ini Cynta pernah cuba buat kek keju menggunakan cream cheese tapi bila dimakan , tiada langsung rasa keju . Tiba - tiba Cynta terjumpa pula resepi mudah kek keju marble yang juga menggunakan cream cheese . Maka barulah Cynta tahu apa kaedah sebenar pembuatan kek keju menggunakan cream cheese ni .
Kek Keju
Ada pelbagai cara menghasilkan kek keju . Ada resepi kek keju yang menggunakan keju slice seperti kek keju jepun . Ada juga resepi kek keju hanya menggunakan cream cheese . Selain itu , Cynta belum jumpa dan belum lagi mencuba .
Sebenarnya ada cara tertentu menghasilkan kek keju supaya bila anda makan , anda akan rasa keju tersebut di dalam mulut anda . Kaedah ini Cynta khususkan kepada pembuatan kek keju menggunakan cream cheese .
Resepi Mudah Kek Keju Marble
Untuk mengetahui lebih lanjut cara sebenar menghasilkan kek keju agar keju itu dapat anda rasakan di dalam mulut semasa anda memakannya , berikuta adalah Resepi Mudah Kek Keju Marble sukatan cawan serta langkah - langkah pembuatannya :
Adunan Coklat
185 gm butter
1/4 cawan serbk koko
1/2 cawan gula halus
2- Masukkan gula halus dan kacau sebati .
2 biji telur
3- Masukkan telur dan kacau hingga sebati .
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil soda bikarbonat
4- Ayakkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat ke atas adunan dan gaul sebati .
1/3 cawan susu cair
Inilah hasilnya adunan coklat
Adunan Keju Krim
250 gm keju krim
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1- Masukkan keju krim , gula halus dan esen vanilla . Kacau hingga ringan .
1 biji telur
1/4 cawan susu cair
Gabungkan
1- Ambil loyang , sapukan minyak di sekeliling dan dasar loyang .
2- Ambil satu atau dua senduk adunan coklat dan tuang ke dalam loyang dan ratakan . Adunan hendaklah menutup dasar loyang .
3- Ambil satu senduk adunan coklat masukkan ke dalam loyang .
4- Ambil pula satu senduk adunan keju dan letakkan di sebelah adunan coklat .
5- Masukkan lagi satu senduk adunan coklat dan letakkan di sebelah adunan keju .
6- lakukan step seterusnya sehingga adunan habis .
7- Ambil lidi satay ataupun pemegang sudu , kemudian masukkan ke dalam loyang dan gerakkan untuk mendapatkan corak marble .
~ Air Tangan Cynta Zaa ~
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon