Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Pari Yang Sedap


Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Pari Yang Sedap | Ada pelbagai jenis resepi asam pedas . Ada resepi asam pedas Johor , resepi asam pedas Melaka dan resepi asam pedas Utara . Ketiga - tiga jenis resepi asam pedas itu berlainan rasanya .

Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Pari Yang Sedap

Jenis Resepi Asam Pedas


Resepi asam pedas Johor menggunakan cili kisar , bunga kantan , asam jawa / asam keping dan daun kesum sebagai ramuan utama . 

Manakala resepi asam pedas Melaka pula , bahan asasnya sama seperti resepi asam pedas Johor tetapi ditambah dengan belacan . 

Berlainan pula dengan resepi asam pedas utara kerana tidak menggunakan asam keping atau asam jawa tetapi menggantikannya dengan asam kelubi .

Jenis Bahan


Ada sesetengah orang tidak suka bau yang dikeluarkan oleh daun kesum dan juga bunga kantan . Hakikatnya , masakan asam pedas anda tidak enak jika tiada kedua-dua bahan tersebut . 

Sayur jeruk merupakan bahan campuran masakan asam pedas yang digemari ramai orang . Walaupun rasanya agak masin , tetapi adanya sayur jeruk dalam masakan asam pedas telah menjadikan rasa masakan asam pedas lebih enak bagi sesetengah orang .

Selalunya , ikan pari , ikan mayong dan ikan duri menjadi pilihan untuk dijadikan bahan utama masakan asam pedas . Sebenarnya , banyak jenis ikan yang boleh dimasak asam pedas termasuklah kepala ikan merah . Sama ada rasanya sedap ke tidak , itu terpulang kepada citaraa masing masing .


Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Pari Yang Sedap


Ada sesetengah orang menganggap bahawa nak memasak asam pedas ini cerewet . Sebenarnya ada cara yang mudah untuk anda masak asam pedas hanya dengan melakukan beberapa langkah sahaja .

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah , ambil cili kering dan buang bijinya . Potong-potong dan cuci . Kemudian masukkan cili kering tersebut ke dalam pengisar , Anda juga boleh gantikan cili kering dengan cili merah besar .

Selepas itu , masukkan hirisan bawang merah , bawang putih dan halia ke dalam pengisar . 

Masukkan juga sedikit daun kesum dan bungan kantan ke dalam pengisar sebagai perasa tambahan .

Masukkan sedikit ikan bilis , dan minyak .

Kisar kesemua bahan tersebut sehingga sebati dan halus .

Kemudian , panaskan kuali dengan sedikit minyak , tumiskan sedikit hirisan bawang putih dan bawang merah juga serai .

Bila bawang merah dan putih sudah keperangan , masukkan bahan yang dikisar tadi secukupnya . Masak hingga naik minyak . Kacau selalu , jangan sampai hangus .

Bila bahan kisar sudah pecah minyak , masukkan ikan , buah tomato , sayur jeruk , bahan perasa dan air asam jawa secukupnya . Tutup dan biarkan mendidih dalam masa lebih kurang 15 minit . 

Apabila kuah sudah pekat , tutup api dan boleh lah dihidangkan .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Fidah Shah
AUTHOR
29 February 2016 at 20:59 delete

Ini memang sedap tidak dinafikan lagi..nyum2

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon