Resepi Mudah Kek Roti Marble Sukatan Cawan | Kek roti marble terhasil dari gabungan bahan untuk buat roti campur dengan bahan buat kek . Pembuatan kek roti marble ni tak dirancang sebenarnya . Lebih kepada try and error lah kononnya . Tak sangka boleh naik kembang dengan cantik juga macam kek - kek biasa .
Resepi Mudah Kek Roti Marble Sukatan Cawan
Nak buat kek roti marble sukatan cawan ni mudah je . Saya cuba berikan sukatan walaupun masa membuatnya tak ada sukatan langsung pada susu cair . Chef pastry pun guna sukatan bila buat kek atau roti . Kalau ada sesiapa yang nak cuba , bolehlah sediakan bahannya . Antaranya :
- tepung gandum 1 kg
- telur 3 biji
- susu cair
- serbuk yis kering 1/2 paket
- baking soda 1 sudu kecil
- soda bikarbonat 1 sudu kecil
- garam 1 sudu kecil
- gula 1 1/2 cawan ( tambah jika mahu lebih manis )
- ovelette 1 sudu besar
- softener 1 sudu besar
- improver 1 sudu besar
- serbuk coklat
- essen vanilla
Cara membuatnya :
Bila dah sedia semua bahan di atas , langkah seterusnya adalah
- Ambil mangkuk pengadun , masukkan tepung gandum , serbuk yis , baking soda , soda bikarbonat , garam , gula , ovelette , softener dan improver . Gaul hingga mesra .
- Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau sebati hingga dapat adunan cair sama macam adunan kek .
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan adun hingga sebati .
- Ambil separuh adunan , masukkan cokat emulco dan serbuk koko .
- Gaul adunan hingga sebati .
- Sapukan minyak pada loyang , masukkan adunan asli dengan adunan coklat berselang seli .
- Bakar pada suhu 160 darjah selama 40 minit atau sehingga masak .
Pelarasan
Bahan ovelette , softener , improver dan yis kering adalah bahan membuat roti . Kek roti marble sukatan ni sebenarnya tak gunakan minyak sebab tujuan utama nak buat roti tapi menggunakan adunan kek . Dengan bahasa yang lebih mudah , nak jadikan doh roti cair macam adunan kek . Sebelum ini dah cuba pada kek roti gebu dan ianya berhasil malah teksturnya lebih halus berbanding kek biasa . Sekiranya pembaca nak letakkan minyak atau butter pun boleh . Tak jadi masalah .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon