Khasiat Lada Hitam


Khasiat Lada Hitam | Lada hitam telah wujud sejak lebih 4,000 tahun dahulu . Kerana nilai lada hitam yang tinggi pada zaman purba itu , lada hitam telah dijadikan matawang ketika urusan jual beli . 

Di barat pula , lada hitam menjadi raja kepada rempah ratus . Sebab itu , dalam hampir setiap masakan orang Eropah ada mengandungi lada hitam .


Khasiat Lada Hitam

Khasiat Lada Hitam


Lada hitam bukan sekadar mengeluarkan rasa pedas yang unik , malah juga dapat menjadikan rasa masakan bertambah sedap . Yang lebih utama , lada hitam mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan terutama dalam melawan dan merawat penyakit .

Berikut adalah khasiat lada hitam dalam merawat / mencegah pelbagai penyakit yang terdapat di dalam badan manusia .

Penyakit Jantung 


Kandungan piperina dan kromium yang aktif dalam lada hitam sebaga anti radang dapat membantu menyembuhkan inflamasi dinding dan saluran jantung . 

Kehadiran lada hitam dalam tubuh dikatakan dapat melancarkan kolesterol darah dan mencegah kolesterol dari menjadi mudarat seterusnya menyumbat saluran jantung yang akhirnya akan menyebabkan masalah kardiovaskular .

Darah Tinggi 


Lada hitam mempunyai sebatian utama yang melancarkan paras tekanan darah di dalam tubuh kita . Lada hitam juga didapati kaya dengan vitamin C yang boleh membantu mencegah darah tinggi dengan cara meningkatkan pengumuhan plumbum dari tubuh kita . 

Selain itu , lada hitam kaya dengan mineral penting seperti potasium , kalium dan zat besi . Mineral-mineral ini merupakan sebatian yang boleh merendahkan tekanan darah . Punca utama darah tinggi adalah disebabkan paras sodium yang tinggi di dalam tubuh . Potasium di dalam lada hitam boleh meminimumkan kesan paras sodium yang tinggi di dalam badan kita . 


Anti Kanser


Lada hitam yang dicampurkan dengan kunyit dapat menentang pertumuhan sel-sel kanser Piperina di dalam lada hitam pula mampu menyingkirkan cytokines ( bahan-bahan yang dihasilkan oleh sel-sel kanser ) dari menghasilkan tumor .

Pusat Kanser Universiti Michigan telah mendapati bahawa hasil kajian terhadap lada hitam menunjukkan ianya mampu mencegah pembentukan tumor kanser payu dara .

Anti karsinogen dan anti bakteria di dalam lada hitam dapat melindungi lapisan membran mukus perut , menghalang serangan bakteria dan mikrob .

Taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar ke atas hidangan anda sebelum di makan setiap hari . Jangan taburkan ketika makanan sedang di masak !

Membantu Pencernaan 


Apabila memakan lada hitam , deria rasa akan teangsang , lalu menghantar isyarat ke perut supaya meningkatkan pengeluaran asid hidroklorik . Asid hidroklorik akan membantu mencernakan makanan dan mengurangkan masalah berkaitan penyakit perut akibat ketidakhadaman seperti kembung , cirit birit dan keasidan .

Kelemumur


Sifat anti bakteria dan anti radang di dalam lada hitam menjadikannya sesuai untuk rawatan kulit kepala . 

Campurkan sesudu teh serbuk lada hitam dengan secawan yogurt / dadih asli . Gaul sebati dan lumurkan pada kulit kepala . Biarkan selama setengah jam sebelum dibilas . Selepas itu anda tidak perlu menggunakan syampu . Cuci rambut anda dengan syampu pada hari lain . 

Selsema


Lada hitam berkesan bukan sahaja mengurangkan selsema malah juga batuk . Rasa panas / pedas daripada lada hitam akan mencairkan kahak dan hingus . 

Taburkan ada hitam pada sup panas sebelum dihirup .

 Kesihatan Gigi


Lada hitam didapati dapat mengurangkan sakit gigi , kerosakan gigi serta menjamin kesihatan gusi sepanjang hayat .

Campurkan 3 sudu teh serbuk lada hitam dengan secubit garam . Tambahkan sedikit air untuk dijadikan pes . Sapukan pes lada hitam di tempat gigi yang sakit juga boleh tampalkan pada gigi yang berlubang .

Mengurangkan Berat Badan


Lada hitam didapati sangat membantu dalam asimilasi ( proses menukar makanan berzat kepada tisu hidup ) makanan . Kulit / lapisan luar biji lada hitam mengandungi fitonutrien penting bagi merangsang penguraian sel-sel lemak . Ia turut menggalakkan perpeluhan dan kencing bagi mengumuhkan toksin dan air yang berlebihan dari tubuh .

Anti Kemurungan


Lada hitam merupakan penawar anti kemurungan semula jadiPiperina yang terdapat di dalam lada hitam bertindak sebagai anti kemurungan dengan cara merangsang sistem saraf . Hasilnya , kognitif dapat diperbaiki .


Antibiotik


Secara semula jadi , lada hitam mengandungi ciri anti biotik melalui kandungan vitamin C didalamnya . Vitamin C berfungsi mengekang reaksi radikal bebas yang berbahaya .

Mencantikkan Kulit


Memakan lada hitam dapat mengalakkan perpeluhan selain membebaskan toksin dari kulit . Sifat anti bakteria dan anti radang lada hitam juga melindungi kulit daripada jangkitan . Oleh sebab itu , masalah kulit seperti jerawat dapat dikurangkan .

Untuk dapatkan kulit yang cantik dengan menanggalkan sel-sel kulit mati , merangsang peredaran oksigen dan membantu menyampaikan lebih oksigen serta khasiat kepada kulit , hancurkan lada hitam untuk dijadikan scrub .





Artikel Terkait

  • Khasiat Rempah Ratus Bunuh Sel Kanser Khasiat Rempah Ratus Bunuh Sel Kanser | Rempah ratus merupakan bahan utama dalam masakan yang dibawa masuk dari India
  • Khasiat Bawang Putih Merawat Kanser Pelbagai Khasiat Bawang Putih | Bawang putih merupakan sejenis bahan makanan yang sentiasa digunakan dalam kebanyaka
  • Halia Penawar Serba Guna Halia Penawar Serba Guna | Herba pelbagai khasiat HALIA dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya . Mal
  • Khasiat Kunyit Rawat Luka Khasiat Kunyit Rawat Luka | Semua orang sudah tentu mengenali kunyit yang dikenali dengan nama Curcuma longa dalam b

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng