Resepi Mudah Kek Lemonade Sukatan Cawan | Pada entry sebelum ini , Cynta ada kongsikan cara mudah membuat lemonade . Lemonade yang Cynta buat , bukan sekadar boleh dibuat air , disapukan pada roti tapi juga boleh dibuat kek .
Lemonade
Lemonade sebenarnya adalah minuman orang Eropah sejak berzaman dulu . Mereka menggunakan lemon dan juga orange untuk menghasilkan jus lemonade kerana di Eropah, buah lemon dan orange sangat banyak dan mudah didapati . Pada ketika itu , lemonade adalah jus minuman yang paling mudah dibuat , sedap dan tahan lama .
Resepi Mudah Kek Lemonade Sukatan Cawan
Nak membuat kek lemonade sukatan cawan ni mudah sahaja . Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang Cynta sediakan di bawah ini .
1- Putar 4 biji telur gred A bersama 1/2 cawan gula
2- Ayak bersama 2 cawan tepung gandum , 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat .
3- Masukkan (2) di atas ke dalam adunan telur . Putar perlahan sehingga sebati .
4- Matikan pemutar , gunakan spatula untuk mengaul .
5- Campurkan 1/2 cawan susu pekat manis bersama 1 sudu besar cuka . Gaul sebati
6- Masukkan campuran (5 ) di atas ke dalam bekas adunan . Gaul menggunakan spatula hingga sebati .
7- Masukkan 1/2 cawan butter cair . Gaul sebati .
8- Masukkan 1 sudu kecil pewarna kuning . Gaul sebati .
9- Masukkan 1 cawan lemonade . Gaul sebati .
10- Sapukan loyang dengan butter / marjerin .
11- Masukkan adunan .
12- Masak mengikut suhu oven masing-masing .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon