Cara Mudah Hilangkan Parut Melecur


Cara Mudah Hilangkan Parut Melecur  | Kalau di bahagian wajah ataupun anggot badan anda yang terdedah ada parut , sudah tentu anda tidak akan merasa selesa . Selain perasaan malu , parut pada bahagian tubuh juga akan buat anda rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang lain .


Cara Mudah Hilangkan Parut Melecur

Cara Mudah Hilangkan Parut Melecur 


Sebenarnya ada cara mudah nak hilangkan parut melecur ni . Cara ini Cynta temui secara tidak sengaja . Pada ketika itu , pokok lidah buaya sangat banyak di pasu - pasu bunga milik Cynta . Cynta tak tahu dah nak buat apa . 

Pokok Lidah buaya itu bukan sekadar gemuk dan sihat , malah beranak pinak dan jumlahnya memang banyak . Nak dibuang terasa sayang pula .

Cynta pernah juga cuba buat jus , tapi sebab banyak lendirnya , walaupun isinya tak ada rasa , Cynta tak lalu pula nak minum .

Cara Mudah Hilangkan Parut Melecur

Lidah Buaya / Aloe Vera


Lidah buaya yang juga dikenali dengan bahasa saitifiknya sebagai aloe vera merupakan tanaman tropika yang memilki banyak khasiatnya . Aloe vera ini memiliki 300 jenis spesis di seluruh dunia tetapi hanya beberapa sahaja yang kita sering lihat di Malaysia . Spesis aloe vera yang sering digunakan untuk kecantikan adalah dari jenis aloe perry dan aloe ferox .

Lidah buaya / aloe vera mengandungi polisakarida dan monosakarida yang berfungis untuk melidungi kulit dari penuaan dengan menjadikan kulit kelihatan awet muda .

Dikatakan bahawa dengan meminum / makan isi lidah buaya akan menghasilkan kolagen kerana kandungan agen anti oksida seperti beta karotin , vitamin C , E dan B12 di dalamnya . Selain itu aloe vera juga dapat menghasilkan elastin fibroblas untuk sebagai agen anti penuaan .


Cara Mudah Hilangkan Parut Melecur

Masker Lidah Buaya


Satu hari itu Cynta terfikir nak menyapu lendir lidah buaya di wajah untuk dijadikan masker . Selepas hari itu , pada setiap petang , Cynta akan memotong 1 inci lidah buaya , belah dua dan sapukan lendir lida buaya di wajah Cynta . Cynta sapukan lendir lidah buaya sehingga lendir pada lidah buaya itu habis .

Kesan


Cynta lakukan proses itu hampir setiap petang . Suatu petang , Cynta terperasan yang parut di dahi Cynta yang sepanjang hampir satu inci itu telah hilang selepas hamipr sebulan Cynta menyapukan lidah buaya di wajah Cynta .

Selama ini Cynta cuma baca saja petua guna lidah buaya hilangkan parut . Bila Cynta amalkan penggunaan lidah buaya pada parut di wajah secara tidak dirancang , memang berkesan . Kalau aloe vera ini boleh hilangkan parut di wajah , maknanya aloe vera ini juga boleh menghilangkan parut dibahagian lain juga . Cynta guna kaedah itu pada parut melecur anak buah Cynta juga .





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon