Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan


Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan | Idea nak buat kek lemon ni datang tiba-tiba saja bila ada 3 biji lemon di dapur . Alhamdulillah , percubaan pertama Cynta membuat kek lemon sukatan cawan menjadi .


Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan


Khasiat Lemon


Banyak khasiat lemon untuk diri kita dimana lemon sangat bermanfaat digunakan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki . Kandungan vitamin C yang tinggi serta lemon bersifat anti oksidan menjadikan lemon sangat sesuai untuk 

  • merawat kulit wajah sebagai masker
  • merawat jerawat sebagai pencuci
  • merawat rambut sebagai pencuci 
  • merawat gigi yang kuning
  • melembapkan bibir yang kring
  • menghilangkan kotoran di wajah sebagai pencuci
  • mencerahkan kulit sebagai campuran dalam kosmetik
  • merawat lemak dalam badah sebagai minuman di pagi hari
  • memudahkan sistem pencernaan
  • mengimbangkan sistem imun
  • mengimbangkan pH dalam badan
  • membuat nafas berbau segar sebagai ubat kumur-kumur .

Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan


Untuk menghasilkan kek lemon sukatan cawan mudah sahaja . Cynta buat pun pakai agak je sukatannya . Berikut adalah bahan dan cara pembuatan Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan .


Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan

1- Masukkan 2 biji telur dan 1/2 cawan gula kastor ke dalam pemutar . 
Putar hingga kembang.


Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan

2- Ayak 1 cawan tepung gandum bersama 1 sudu kecil soda bikarbonat dan baking powder .


Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan

3- Masukkan tepun (2) di atas ke dalam adunan telur . 
Putar hingga sebati . 
Tutup mesin pemutar .


Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan

4- Ambil 1/2 cawan susu pekat manis dan campurkan dengan 1 biji jus lemon .
5- Parut kulit lemon . Pastikan parutan itu tak terkena bahagian yang berwarna putih .


Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan

6- Masukkan 1/4 cawan minyak mazolah , kacau guna spatula guna kaedah kaup balik .
7- Masukkan susu pekat manis bersama lemon (4) , 1 sudu kecil pewarna kuning dan 2 sudu besar jus  limau sunkist ( untuk rasa yang lebih power ) dan parutan kulit lemon .
Gaul sebati .
8- Sapukan loyang dengan minyak / butter .
9- Masukkan adunan ke dalam loyang .


Resepi Mudah Kek Lemon Sukatan Cawan

10- Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 10 minit .
11- Bakar mengikut suhu oven masing-masing .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Fidah Shah
AUTHOR
29 January 2016 at 22:28 delete

Sukatan cawan yang best ni..

Reply
avatar
Qaseh Vee
AUTHOR
5 February 2016 at 09:26 delete

senang kan bila guna sukatan cawan ...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
16 December 2016 at 16:37 delete

Minyak masak lain boleh guna?

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon