Cara Mudah Cantikkan Bibir | Bibir merupakan aset wanita kerana bibir adalah tarikan utama di wajah selain mata . Hanya dengan melihat bibir , lelaki boleh menjadi cair hatinya dan boleh juga jatuh cinta kerana pada bibir ada senyuman yang manis , mesra lagi menggoda .
Bibir Adalah Aset
Oleh sebab itu , ramai yang sanggup buat suntikan pada bibir semata-mata nak dapatkan bentuk bibir yang seksi menggoda . Selain itu , bila wanita keluar rumah saja , mesti mahu mengenakan gincu di bibir supaya lebih kelihatan menarik . Bibir adalah aset wanita malah penyeri kepada keseluruhan wajah .
Bibir Pucat Menjadi Merah
Ada pelbagai cara boleh anda gunakan jika anda mahu bibir yang pucat menjadi merah . Paling mudah , anda cuma perlu dapatkan gel pencuci muka kemudain gosokkan pada bibir sekali setiap hari . Tujuannya adalah untuk menanggalkan kulit kering pada bibir atau dikenali juga dengan sel kulit mati . Selepas itu , sapukan pula pelembap bibir atau minyak zaitun .
Cara Mudah Cantikkan Bibir
1. Elak Pigmentasi
Sebelum membeli gincu , anda perlu teliti dahulu kandungan bahan-bahan didalam gincu / lipstik tersebut . Ada bahan - bahan dalam gincu yang boleh menjadikan bibir anda lebam serta nampak kusam seperti merkuri . Selain itu , jika anda seorang perokok , kerap berjemur di bawah panas matahari , gemar minuman bergas , bibir anda sangat mudah mendapat pigmentasi . Pigmentasi adalah bila bibir anda jadi lebam dan kusam . Ada cara mudah untuk elakkannya . Anda disarankan mencuba cara-cara dibawah ini .
- guna pelembap bibir yang mengandungi asid glycolic .
- guna gel pembersih muka , sapukan pada bibir sekiranya kulit bibir anda kering untuk buang sel kulit mati .
- Sebelum tidur , sapu minyak zaitun atau madu pada bibir anda .
- sapukan juga pelembap dan penyegar wajah pada bibir setiap kalu anda menyapu pada wajah anda .
2. Saiz
Bibir yang menawan adalah bibir yang memiliki saiz yang sama di atas dan juga di bawah . Anda akan kelihatan lebih tua daripada usia jika bibir atas anda lebih nipis . Sekiranya bibir bahagian bawah pula yang nipis , senyuman anda akan jadi kurang menarik sebab gusi anda akan kelihatan . Untuk mengatasinya , anda boleh melukis terlebih dahulu bentuk bibir yang anda inginkan sebelum memakai gincu .
3. Bentuk bibir
Adakalanya, anda dilahirkan dengan bentuk bibir yang tidak sekata . Anda jangan risau tentangnya kerana itu adalah kejadian asal . Anda hanya perlu yakin bahawa bentuk bibir anda tidak akan mempengaruhi penampilan anda .
4. Pengecutan
Pengecutan bibir akan berlaku apabila usia anda menjangkau 30 tahun dan lebih kerana kandungan kolagen pada bibir yang makin berkurangan . Jika anda memiliki kemampuan kewangan , anda boleh tambah hormone bioidentical kerana ianya dapat meningkatkan kualiti kolagen pada bibir anda secara semulajadi . Selepas melakukan rawatan , bibir anda akan kelihatan mulus dan berisi .
5. Berbaris
Bibir bergaris atau berkedut sebenarnya disebabkan bibir anda kering . Cara paling mudah untuk merawat bibir bergaris / berkedut adalah dengan menyapu minyak zaitun sebelum anda masuk tidur . Selain itu , anda boleh juga menggunakan filler atau pelembap bibir untuk pastikan bibir anda kekal lembab dan mulus .
6. Menguncup
Bibir anda kelihatan menguncup terutama bibir sebelah bawah apabila anda memiliki dagu yang pendak . Tidak ada petua untuk jadikan bibir menguncup kepada bibir normal tetapi anda oleh buat rawatan kecantikan .
7. Bulu Roma
Ada antara anda yang memiliki bulu roma halus sekitar bibir sehinggakan kelihatan seperti misai . Untuk menghilangkan bulu roma pada bibir , anda boleh membuat rawatan laser yang lembut seperti soprano ( diod laser ) yang berfungsi untuk memutihkan kulit pada masa yang sama dapat menghalang bulu roma dari tumbuh semula .
8. Pigmentasi
Pigmentasi terutama pada bahagian atas bibir juga dikenali sebagai melasma . Melasma terjadi selalunya disebabkan gangguan hormon . Pigmentasi pada bahagian atas bibir kerap berlaku pada wanita yang hamil dan juga yang memakan pil perancang keluarga .
9. Kedutan
Kedutan pada bibir mudah terjadi pada wanita yang kerap merokok dan juga gemar melakukan ciuman mulut . Untuk mengatasinya , anda boleh mendapatkan suntikan BTA yang hanya dilakukan setiap 6 hingga 8 bulan sekali pada sekeliling bibir . Kesan pada bibir hanya akan dapat anda lihat selepas beberapa hari melakukan rawatan suntikan BTA .
10. Implan
Jika anda memilih untuk meletakkan implan supaya bibir anda kelihatan cantik , seksi menawan , anda perlu mendapatkan doktor yang benar-benar pakar dan berpengalaman . Jika tidak , bibir anda akan jadi lebih buruk dari bibir asal anda . Malah mungkin bibir anda akan mendapat penyakit pula .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon