Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi


Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi | Saya sangat suka makan pedas . Kalau tak pedas memang tak sedap . Sudah tentulah cili padi ( merah ) jadi pilihan . Selain itu ,  cili jeruk juga jadi piihan terutama bila makan mee sup , mee goreng dan sup . Kalau makan di luar , selalunya kedai makan ada disediakan tapi kalau di rumah , kenalah buat sendiri kan .


Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi

Khasiat Cili Padi


Cili padi yang juga dipanggil dengan nama paprika atau pimiento di Hungry dan Sepanyol diketahui memiliki vitamin A,B, dan C kompleks . Selain dari itu , cili padi juga mengandungi protein , karbohidrat serta karotin . Rasa pedas pada cili dinamakan capsaicin yang berfungsi sebagai agen melawan sakit ulser .

Bukan setakat pedas tetapi cili padi juga mengandungi khasiat kepada kesihatan seperti membantu dalam
  • melancarkan pernafasan
  • melawan penyakit ulser
  • meningkatkan fungsi pencernaan
  • menurunkan berat badan
  • menyehatkan jantung
  • melancarkan peredaran darah
  • anti kanser
  • mengelakkan sembelit 


Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi


Sebelum ni , ada juga buat jeruk cili padi tapi tak tahan lama . Seleps beberapa hari akan berkulat walaupun dok dalam peti sejuk . Cili jeruk berkulat disebabkan cili tak direbus dulu dengan air bercampur cuka . Alhamdulilah , kini dah jumpa cara yang betul buat jeruk cili padi . Tu sebab dikongsikan di sini .

Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi

Cara Mudah Buat Jeruk Cili Padi ni cuma perlukan bahan seperti cili padi ( merah ) , cuka , air , gula , garam dan kapur ( jika ada ) . Kalau nak guna cuka epal pun boleh . Nak guna lada besar juga boleh ya . Anda boleh juga hiris - hiris cili padi jika mahu .

1- Rendam cili padi dalam air kapur selama 15 hingga 30 minit . Lepas tu keluarkan dan cuci . Tujuannya supaya cili padi kekal rangup seperti masih segar / tak kecut .

Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi

2- Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk , masak hingga mendidih .

Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi


3- Tutup api , masukkan cili padi . Bila cili padi dah tukar warna / layu , angkat .

4- Masukkan  1/2 cawan cuka , 1/2 gula dan 1/2 sudu kecil garam . Masak hingga mendidih .

5- Biarkan sejuk seketika .

6- Masukkan cili padi ke dalam bekas , lepas itu , tuangkan air yang bercampur cuka tu ya .

7- Simpan dalam peti sejuk semalaman . Esoknya dah boleh makan .





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon