Resepi Mudah Mee Sup Tulang | Sup dan mee merupakan menu yang biasa ada di atas meja makan bila iftar . Ini keranan mee dan sup adalah dua hidangan yang mudah dan cepat disediakan . Malah bahan - bahan kandungannya juga ringkas .
Resepi mudah hari ini , Cynta nak kongsi cara buat mee sup tulang . Sebelum menyediakan mee , pembaca perlu ada sup tulang . Cara mudah buat sup tulang , boleh dapatkan di SINI .
Cara Menyediakan
Celur terlebih dahulu mee kuning / mee teaw / mee hoon di dalam air panas . Selepas itu , cuci di bawah air paip yang mengalir atau masukkan ke dalam air ber ais . Ambil sedikit mee , masukkan ke dalam mangkuk , tuangkan sup tulang panas dan hiaskan bersama hirisan limau nipis / lada jeruk dan daun bawang . Nak sedap lagi , masukkan sambal kicap atau cili jeruk .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon