Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan


Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan CawanDah ramai orang buat buat apam tepung gandum . Selalunya kalau nak buat apam memang akan guna tepung gandum . Kali ini Cyntaa nak kongsi dengan anda Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan . Dengan lain perkataan , resepi buat apam guna tepung beras .


Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan

Tepung Beras


Sebelum anda membeli tepung beras , perlu anda ketahui bahawa tepung beras di pasaran ada empat jenis iaitu tepung beras cap 1 ekor gajah , tepung beras cap 3 ekor gajah , tepung beras cp 5 ekor gajah dan tepung beras cap teratai . Kesemua jenis tepung beras ini memiliki kegunaan yang berbeza .

Cap 1 Ekor Gajah


Tepung beras cap 1 ekor gajah dihasilkan d Thailand . Tepung beras cap 1 ekor gajah hanya sesuai untuk menggoreng seperti menggoreng keledek , pisang dan ikan kerana adunan tepung beras cap 1 ekor gajah jadi rangup . Tepung beras cap 1 ekor gajah juga sesuai untuk membuat rempeyek , tumpi kacang hijau juga tumpi kacang dhal .

Cap 3 ekor Gajah


Tepung beras cap 3 ekor gajah pula sesuai untuk menjadi bahan cpuran dalam kuih muih tradisional seperti kuih apam , pelbagai kuih kukus seperti kuih talam , kuih koci dan lainnya . Tepung beras cap 3 ekor gajah ini akan menghasilkan kuih muih yang lembut dan berkilat .


Cap 5 Ekor Gajah


Tepung beras cap 5 ekor gajah sesuai untuk dibuat mee seperti mee laksa , mee tarik dan sebagainya kerana hasilnya , mee jadi lebih kental / kenyal .

Cap Teratai


Tepung beras cap teratai boleh digunakan pelbagai iaitu boleh dibuat apam dan juga boleh dibuat rempeyek . Bila anda buat apam gunakan tepung beras cap teratai , apam anda akan jadi lembut dan gebu manakala jika nanda gunakan tepung beras cap teratai untuk membuat rempeyek , rempeyek anda kan menjadi rangup.

Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan


Nak buat apam tepung beras mudah saja guna Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan . Kalau tak percaya , cuba tengok langkah-langkah pembuatan Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan di bawah . Orang yang tak pernah buat pun , buat sekali terus jadi tau . Jom kita cuba .

Bahan - bahan yang anda perlu gunakan adalah

  • 2 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar yis kering
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 3 sudu besar jus oren
  • 200 ml susu cair
  • sedikit pewarna kuning


Langkah-langkah pembuatannya :

Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan

1- Masukkan kesemua bahan diatas kecuali tepung gandum dan beras ke dalam pengisar .

2- Kisar hingga halus dan kembang

3- Tuangan ke dalam bekas , masukkan tepung beras dan tepung gandum .
Kacau guna spatula .

4 - Masukkan jus oren dan pewarna . Kaup balikkan .


Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan

5- Biarkan dalam 30 minit atau sehingga adunan naik sedikit .

6 - Masukkan dalam pengukus ( rice cooker ) .

7- Masak dalam 15 minit , angkat dan sejukkan .


Resepi Mudah Apam Tepung Beras Sukatan Cawan

Jom makan !

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon