Cara Mudah Jadikan Warna Kulit Sekata


Cara Mudah Jadikan Warna Kulit Sekata | Sinaran Ultra Violet ( UV ) dari pancaran cahaya matahari akan memberi kesan kepada kulit terutama wajah jika terdedah terlalu kerap . Kajian sains mengatakan bahawa pendedahan kulit kita kepada sinaran matahari yang kerap bukan sekadar menghasilkan jeragat pada kulit wajah malah boleh menyebabkan kanser kulit juga . 

Sebenarnya , jika kita berada di dalam bangunan , kita juga boleh terdedah kepada sinaran UV . Sinaran UV boleh sampai pada kulit kita melalui tingkap , pintu , balkoni , dapur juga lampu  yang cahayanya terang seperti lampu kalimantang . Malah jika anda berada di dalam kenderaan , anda juga boleh terkena sinaran UV .

Justeru itu , syarikat pengeluar produk kosmetik mengambil inisiatif dengan mengeluarkan produk yang mengandungi SPF untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UV . Lagi besar kadar SPF , semakin hebat SPF itu melindungi kulit . Setakat ini , SPF yang terdapat pada produk kosmetik di pasaran bermula dengan SPF 15 sehingga SPF 30 .

Cara Mudah Jadikan Warna Kulit Sekata



Sekiranya wajah anda sudah dihinggapi jeragat kerana sinaran UV ataupun faktor usia , berikut adalah cara mudah jadikan warna kulit sekata .



1. Anda perlu elakkan berada di luar rumah bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 4 petang . Ini kerana , pada tempoh waktu itu , sinaran cahaya matahari sangatlah panas dan akan memberikan kesan pada kulit .



2. Sama ada anda berada di luar rumah , ahupun di dalam rumah , amda digalakkan untuk menggunakan krim pelindung matahari yang mengandungi SPF 15 sekurang-kurangnya . Lebih baik jika anda menggunakan krim pelindung yang mengandungi SPF 30 . Untuk kesan yang lebih baik , sapukan pada wajah juga bahagian lain pada tubuh anda sekurang - kurangnya 2 jam sekali .



3. Sekiranya anda mahukan kulit wajah yang sihat , anda perlulah minum air kosong sebanyak 8 gelas dalam sehari ataupun satu gelas sekali dalam satu jam. Keperluan minum air mengikut saiz tubuh badan anda . 



4. Selain itu , anda juga dinasihatkan menggunakan pelindung wajah bila berada diluar seperti menggunakan payung dan juga memakai topi . 



5. Jika anda mahu lakukan aktiviti diluar rumah seperti menjemur pakaian , lakukanlah sebelum pukul 10 pagi .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon