Cara Mudah Kupas Telur Rebus Tak Melekat


Cara Mudah Kupas Telur Rebus Tak Melekat | Telur direbus untuk banyak kegunaan . Selain untuk dijadikan bahan campuran dalam hidangan nasi lemak , mee rebus dan sebagainya , telur rebus juga boleh dijadikan door gift , bunga telur dan bunga pahar untuk majlis perkahwinan .


Cara Mudah Kupas Telur Rebus Tak Melekat

Khasiat Telur


Telur ayam merupakan sumber protein yang tinggi yang memiliki hampir 93% berbandaing ikan dan daging . Telur , selain merupakan sumber protein yang murah , juga memiliki garam galian dan segala jenis vitamin yang badan manusia perlukan .

Omega 3 yang terdapat dalam telur dapat meningkatkan perkembangan otak selain dapat membantu mengurangkan serangan sakit jantung . Telur dapat membantu sistem pertahanan badan melalui selenium yang mengandungi garam dan bersifat  anti oksida .


Cara Mudah Kupas Telur Rebus Tak Melekat

Cara Mudah Kupas Telur Rebus Tak Melekat


Telur bila direbus dengan secukupnya akan mudah untuk dibuang kulitnya . Pun begitu , walaupun tak masak sepenuhnya , tetap mudah juga dibuang kulitnya . Ada cara lebih mudah nak cepat kupas telur rebus tanpa ada satu pun kulit yang tertinggal .

Dah macam berbelit - belit pula ayat Cynta di atas tu ya . Okey lah , bahasa mudahnya , anda boleh guna cara muda kupas telur rebus di bawah air paip yang mengalir supaya selaput yang melekat itu mudah tertanggal . 

Mengupas kulit telur rebus di bawah paip air yang mengalir , selain kulit / selaput mudah tanggal , telur rebus yang panas juga cepat sejuk dan anda dapat kupas banyak telur rebus lebih cepat dari menggunakan cara biasa .


Tips Berkaitan Telur Ayam 


1- Telur yang berkualiti boleh di lihat pada kulitnya yang berkilat .

2- Telur yang berkualiti akan tenggelam apabila direndam .

3- Jangan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

4- Asingkan telur dengan bahan lain bila disimpan kerana kulit telur mudah menyerap bau .

5- Letakkan telur pada papan telur dengan yang tajam berada di bawah .

6- Bersihkan najis pada telur ayam sebelum memecahkannya sebab najis ayam jika masuk ke dalam telur , boleh menyebabkan otak manusia jadi lembap .

7- Sebelum membeli , lihat dulu tarikh luputnya supaya tidak membazir wang anda .

8- Bila rebus telur , masukkan sedikit garam . Garam jadikan telur lebih mantap .

Sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 5 gram lemak . Memakan telur sebiji sehari menjadikan badan anda sihat . 

Jangan percaya jika ada yang mengatakan bahawa telur jadikan anda gemuk . Dari pemerhatian Cynta , anak-anak buah Cynta makan lebih sebiji telur sehari tapi badan mereka tetap kurus malah lebih cergas dari budak lain .





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon