Cara Mudah Buat Pes Kacang Merah | Pes kacang merah dihasilkan menggunakan kacang merah yang melalui proses yang panjang dan agak cerewet untuk menghasilkannya . Oleh sebab itu , ramai yang memilih membeli pes kacang merah yang sudah ada di pasaran daripada menghasilkannya sendiri di rumah . Pes kacang merah dgunakan sebagai inti pau dan jga roti . Rasanya juga enak .
Kacang merah mengandungi serat yang tinggi . Kacang merah juga mengandungi asid folat , karbohidrat , kalsium dan mengandungi sumber protein yang tinggi . Kerana sumber karbohidrat dan proteinnya yang tinggilah , kacang merah sangat disukai vegetarian malah juga dapat membantu menurunkan kolesterol dalam badan .
Nutrisi lain yang terdapat di dalam kacang merah adalah seperti vitamin terutama vitamin B6 , zat besi , mangnasium dan thiamin . Makan 9 gram kacang merah cukup untuk membekalkan 17% protein dalam sehari .
Cara Mudah Buat Pes Kacang Merah
Selama ini kita hanya tahu makan roti berinti kacang merah dan rasanya sangat sedap sedangkan , cara nak menghasilkan pes kacang merah kita tak tahu . Sebenarnya , ada cara mudah buat pes kacang merah . Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah , anda hanya perlukan kacang merah , periuk tekanan dan kesabaran . Ikut saja langkah-langkah berikut jika anda mahu mencuba membuat pes kacang merah .
1- Rendam kacang merah semalaman supaya kacang merah kembang sedikit .
2- Cuci bersih dan masukkan ke dalam periuk tekanan .
3- Masukkan air ke dalam periuk tekanan sekadar berada di atas paras kacang merah .
4- Masak selama 30 minit .
5- Keluarkan , kisar sebentar . Jika kurang air , tambah sedikit supaya tidak berat untuk dikisar .
6- Keluarkan , masukkan dalam periuk , masukkan gula pasir .
7- Menggunakan api perlahan , kacau pes kacang merah sehingga pekat .
8- Bila dah pekat , keluarkan , sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas .
Selain dibuat inti , kacang merah juga boleh dibuat bubur , dijadikan makanan dalam tin , menjadi campuran dalam bubur lambuk juga lainnya .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon