Resepi Mudah Nasi Ulam


Resepi Mudah Nasi Ulam | Cynta pasti , ramai para ibu di luar sana pening hendak masak juadah berbuka apa untuk beriftar petang ini . Nasi adalah satu menu yang pasti ada di atas meja makan . Macam - macam anda boleh buat dengan nasi ni selain makan dengan lauk pauk .


Nasi Ulam Ramadhan


Resepi Mudah Nasi Ulam 


Nasi kerabu itu dah biasa dan mudah disediakan . Resepi mudah hari ini , resepi mudah nasi ulam juga mudah disediakan . Baca tajuk pun anda dah tahu apa yang perlu disediakan untuk buat nasi ulam .

Bahan - bahan


  • Nasi
  • Kuning Telur Rebus
  • Daun Kencur ( cekur )
  • Daun Kaduk
  • Serai
  • Halia
  • Kacang Panjang
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Cili Padi 
  • Ikan Bilis Goreng
  • Garam
  • Limau Kasturi

Nasi Ulam Ramadhan

Cara Membuatnya :


Selepas semua bahan di atas disediakan , pembaca perlu baut langakah berikut :

1- Mayang halus daun kencur , daun kaduk , serai dan halia .

2- Potong dadu bawang merah dan kacang panjang .

3- Goreng ikan bilis separuh garing .

4- Tumbuk kasar bawang putih , ikan bilis dan cili padi .

5- Di dalam bekas , hancurkan kuning telur rebus , masukkan bahan tumbuk (no.4) dan perahkan limau kasturi dan garam . Gaul hingga mesra .

6- Masukkan bahan nombor 1 dan nombor 2 . Gaul mesra .

7- Hidangkan ikut cara anda .





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon