Cara Mudah Rebus Jagung Cepat Masak | Selain direbus , jagung boleh juga di panggang ala bbq dengan disapu butter diatasnya . Kalau jagung dalam tin pula , enak dibuat koktail , kastard , ais krim , bubur dan sup
Bukan mudah nak jumpa jagung di pasar sebenarnya . Ikut musim baru ada . Harganya , kadang kala mahal , kadangkala mampu bayar . Pun begitu , jagung yang dibeli belum dijamin manis rasanya .
Jagung
Jagung merupakan dari keluarga karbohidrat yang penting sama seperti beras , gandum dan kentang . Jagung adalah makanan yang unik kerana bijinya yang melekat pada batang , kemudian ditutupi oleh bulu - bulu halus sebelum ditutup sepenuhnya oleh tampuk .
Terdapat banyak jenis jagung seperti jagung mini , jagung manis , jagung mutiara , jagung popcorn , jagung tepung , jagung bersisik dan sebagainya .
Jagung juga menjadi sebahagian dari makanan ruji hampir diseluruh dunia . Orang zaman dulu akan mengeringkan jagung di musim menuai jagung dan memasak jagung kering semula sebagai makanan sajian utama .
Selain dimakan begitu sahaja , jagung juga boleh menghasilkan minyak dan jagung juga boleh dijadikan tepung . Biji jagung kering pula boleh dijadikan makanan kepada binatang .
Khasiat
Jagung rebus bukan sekadar dimakan untuk mengalas perut malah air rebusan jagung mempunyai pelbagai khasiat yang dikatan air rebusan jagung mampu merawat pelbagai jenis penyakit . Antara penyakit yang dikenalpasti dapat disembuhkan dengan meminum air rebusan jagung adalah
- batu ginjal
- batu hempedu
- tekanan darah tinggi
- diabetis
- anak kencing malam
Cara Merebus
Cara menyediakan tonik air rebusan jagung ni mudah sahaja . Anda hanya perlu rebus jagung tanpa membuang tampuk dan bulunya . Maksudnya , anda masukkan kesemuanya / direbus bersama . Jangan masukkan gula ketika merebus .
Minum air rebusan jagung selama seminggu . Jika anda mahukan rasa manis , masukkan sahaja sedikit madu an sedikit biji jagung seperti anda minum koktail .
Cara Mudah Rebus Jagung Cepat Masak
Kalau anda menggunakan kaedah biasa untuk merebus jagung , akan ambil masa yang lama untuk jagung itu masak . Selain itu , gas memasak anda juga akan cepat habis .
Ada cara mudah rebus jagung cepat masak . Anda cuma perlu ada periuk tekanan ( pressure cooker ) . Merebus jagung menggunakan periuk tekanan hanya perlukan 15 minit untuk masak dengan sempurna .
Sebenarnya , selama ini saya tidak tahu pun air rebusan jagung ni boleh menjadi penyembuh kepada pelbagai penyakit . Selalunya , selepas keluarkan buah jagung rebus , dibuang saje air rebusan jagung tu .
Selepas ini , pasti anda akan simpan air rebusan jagung untuk buat koktail , ais krim dan kastard . Memang berbaloi kan !
1 comments:
Write commentssaya pon pengguna tegae periuk noxxa, noxxa terbaik!
Reply🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon