Resepi Mudah Nasi Minyak Serai


Resepi Mudah Nasi Minyak Serai | Satu ketika dulu , nasi minyak selalunya dimasak untuk majlis kahwin sebab hanya tukang masak untuk majlis kahwin saja yang pandai memasak nasi minyak . Zaman sekarang , nasi minyak boleh dimasak oleh sesiapa sahaja kerana mudahnya untuk mendapatka resepi nasi minyak . 


Nasi Minyak Serai


Resepi Mudah Nasi Minyak Serai


Hajat asal nak masak nasi minyak biasa je . Tapi bila nampak stok serai dan bawang besar yang banyak , maka dapat pula idea nak memasukkan bahan tambahan . Pilihan ada dua sama ada nak masak nasi minyak serai atau pun nasi minyak bawang . Akhirnya Cynta memilih untuk masak nasi minyak serai sahaja . Berikut cara masak nasi minyak serai .

Bahan - bahannya :

3 cawan Beras 
4 batang Serai ( sebatang dikisar dan 3 batang di ketuk sahaja )
Air 
Bawang besar 
Bawang kecil 
Bawang Putih
Bunga lawang
Kayu Manis 
Buah Pelaga
Kiub Ayam
Mentega
Garam

Cara Membuatnya :


1- Kisar sebatang serai , sebiji bawang besar bersama sedikit air .

2- Hiris nipis bawang kecil dan bawang putih .

3- Panaskan kuali , masukkan mentega . Biarkan mentega cair .

4- Bila mentega sudah cair , masukkan bawang kecil dan bawang putih . Tumis hingga agak kekuningan .

5- Masukkan bunga lawang , kayu manis dan buah pelaga . Kacau hingga naik bau .

6- Masukkan bahan yang dikisar . Tumis hingga naik minyak

7- Cuci beras , masukkan kedalam kuali . Gaul hingga beras mesra dan minyak meresap ke dalam beras .

8- Masukkan beras ke dalam periuk , masukkan air mengikut jenis beras yang anda guna , masukkan 3 batang serai yang di ketuk , sedikit garam dan kiub ayam . Gaul sebati .

9- Bila air sudah hamir surut , gaul sedikit beras menggunakan garfu supaya lebih sekata . Tutup semula , biarkan hingga masak .


Mudah sahaja memasaknya bukan . Cubalah resepi ini untuk pelbagaikan masakan nasi anda . 



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon