Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan



Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan | Resepi adunan buat pau dengan resepi adunan membuat roti tak banyak bezanya . Cuma pau dimasak dengan cara mengukus . Cara masakan itu jadikan struktur pau lebih lembut . Antara pau dan roti , kedua - duanya menggunakan yis sebagai bahan penaik .


Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan

Sejarah Pau


Pau merupakan makanan tradisi masyarakat cina . Sedari dulu lagi , bangsa cina banyak menggunakan teknik mengukus sebagai cara memasak makanan mereka . Pau juga dikenali sebagai baozi , bao , bau , humbow , nunu , bausak atau pow .

Selepas Perang Dunia Kedua , terdapat sepasang suami isteri dari kaum Hainan ( cina Muslim ) yang mendapati tiada apa - apa untuk dimakan . Dengan itu , terhasillah pau . Kalau ada menonton filem cina di zaman dinasti , mereka juga sudah menjadikan pau sebagai makanan asasi dan juga bekalan bila mengembara .

Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan


Sudah jelas perihalkan sejarah pau ni . Sekarang kita lihat pula resepi mudah buat pau gebu sukatan cawan . Mudah saja cuma ada banyak langkah yang perlu dilakukan .

Bahan - bahan :


Langkah pertama , anda perlu sediakan yis dan biarkan ianya mengembang dan berbuih . Bahan - bahannya :
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu besar gula pasir
Campur kesemua bahan tersebut di dalam bekas dan kacau sebati . Biarkan hingga berbuih . Selalunya ambil masa tak lama dalam selepas lima minit .

Sementara menunggu yis di atas berbuih , anda boleh lakukan langkah kedua . Sediakan bahan - bahan membuat pau gebu sukatan cawan seperti berikut :
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar shortening
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam satu bekas . 

Cara membuatnya :


Apabila yis sudah berbuih ( langkah pertama ) anda perlu lakukan langkah seterusnya untuk hasilkan pau gebu sukatan cawan .

1- Masukkan yis yang sudah berbuih ke dalam langkah kedua .
2- Gaul kesemua bahan dan uli selama 10 minit atau sehingga adunan tidak melekat di tangan anda .
3- Tutup adunan pau gebu , letakkan di bawah terik matahari selama 30 minit untuk menaikkan doh sehingga satu kali ganda . Ada juga cara lain untuk naikkan doh sekali ganda di SINI .


Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan


4- Selepas 30 minit , adunan buat pau gebu sukatan cawan sudah naik seperti di atas , tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan udara yang ada di dalamnya .


Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan

5- Uli adunan pau gebu sukatan cawan sekali lagi dalam 5 minit .
6- Masukkan air ke dalam rice cooker untuk mengukus pau gebu sukatan cawan .


Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan


7- Ambil sedikit doh pau gebu , masukkan inti dan katupkan semula doh pau gebu seperti diatas .
8- Biarkan doh pau gebu selama 15 minit .


Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan

9- Kukus doh pau gebu sukatan cawan di dalam rice cooker selama 15 minit . 


Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan

10 - Selepas dikukus di dalam rice cooker selama 15 minit , pau gebu sukatan cawan seperti di atas hasilnya .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon