Resepi Mudah Bahulu Orange Susu


Bahulu Orange Susu | Bahulu orange susu adalah dari idea sendiri . Saya ni sebenarnya suka ubah resepi dan tambah itu dan ini . Kalau asyik dengan resepi yang sama akan jadi jemu pula .

Bahulu Orange Susu


Resepi Mudah Bahulu Orange Susu


Adunan bahulu orange susu sebenarnya menggunakan adunan asas kek cawan . Cuma dibakar menggunakan acuan bahulu . saja nak mencuba sebenarnya . Alhamdulillah , bahulu orange susu ini masak hanya dalam masa 10 minit sahaja . Naik cantik dan gebu juga . Jom kita tengok resepinya .


Bahulu Orange Susu


Bahan - bahannya :

  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan minyak mazola
  • 1 cawan susu cair
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk yis
  • 1/2 cawan jus orange
  • 3/4 cawan gula 
  • sedikit garam

Bahulu Orange Susu

Cara Membuatnya :


1- Masukkan telur , garam dan gula ke dalam mangkuk adunan . Putar hingga gebu .

2- Ambil mangkuk baru , ayak tepung gandum , soda bikarbonat dan baking soda bersama .

3- Masukkan no.2 ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit diselang - selikan dengan susu cair hingga habis .

4- Masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit . gaul hingga sebati .

5- Masukkan jus orange dan yis . Gaul hingga sebati .

6- Panaskan oven selama 10 minit .

7- Masukkan adunan ke dalam acuan bahulu .

8- Masak dalam oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah menggunakan api bawah .


Bahulu Orange Susu




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon