Biskut Kelapa Susu


Biskut Kelapa Susu | Orang dulu kalau nak buat biskut kelapa , mereka perlu sangan kelapa parut hingga garing . Garing ya bukan hangus . Sangan kelapa parut maknanya anda perlu goreng kelapa parut tanpa minyak . Sekarang segalanya mudah . Kelapa kering sudah ada tersedia di pasaran .


Biskut Kelapa Susu



Biskut Kelapa Susu


Nak buat biskut kelapa hanya menggunakan kelapa kering saja rasanya kurang menarik . Jadi , ditambahkan dengan susu tepung . Maka jadilah biskut kelapa susu . Teruja nak membuatnya ? Jom kita tengok bahan dan caranya di bawah ni .

Bahan - bahannya :

  • 3 sudu besar kelapa kering ( kisar )
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar susu tepung 
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 3 sudu besar gula icing ( kalau nak lebih manis tambah lagi )
  • 1/2 mentega
  • Tepung gandum secukupnya sehingga adunan boleh dibentuk / dicetak / diterap .
  • 1 sudu kecil essen vanilla .

Biskut Kelapa Susu

Cara membuatnya :


1- Masukkan mentega dan gula icing , kacau hingga ringan .

2- Masukkan essen vanilla , kacau hingga sebati .

3- Masukkan kelapa kering , tepung jagung , tepung beras dan susu tepung . Gaul sebati .

4- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga doh boleh dibentuk .

5- Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 160 darjah menggunakan api bawah sahaja .



Biskut Kelapa Susu

Hiasan :


1- Cairkan coklat putih bersama sedikit mentega . 

2- Celupkan permukaan biskut pada coklat putih .

3- Taburkan coklat rice berwarna warni .



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon