Resepi Mudah Kuih Ketayap


Resepi Mudah Kuih Ketayap | Kuih ketayap sebenarnya adalah lempeng berinti . Kalau tak kenal lempeng , orang putih sebut pankek . Orang zaman sekarang ni lebih kenal pankek berbanding lempeng walaupun bendanya sama saja . Cuma budaya dah berbeza sebab orang sekarang lebih suka gunakan perkataan Inggeris .

Orang zaman dulu , lempeng dah menjadi makanan lazim . Hampir setiap hari jumpa lempeng sebab lempng adalah hidangan yang paling mudah dibuat . Pada pembaca yang masih tak tahu buat lempeng , ikut sahaja langkah - langkah dibawah .


Kuih Ketayap

Resepi Mudah Kuih Ketayap 


Resepi mudah hari ini , saya nak kongsi buat kuih ketayap . Untuk membuat kuih ketayap , pembaca perlu hasilkan intinya dahulu . Bila inti sudah sedia , maka mudahlah nak letak atas lempeng kemudian gulung dalam keadaan masih panas . 

Inti 


Cara membuat inti kuih ketayap mudah sahaja . Pembaca cuma perlukan bahan - bahan berikut :
  • kelapa parut
  • gula merah / gula melaka
  • sedikit garam

Setelah sedia semua bahan di atas , pembaca perlulah panaskan kuali tanpa minyak . Bila kuali sudah panas , masukkan semua bahan di atas dan kacau hingga mesra . Bila dah mesra , angkat inti tersebut dan masukkan ke dalam bekas . 

Lempeng


Bila inti sudah siap , maka pembaca kena buat lempeng pula . Untuk membuat lempeng kuih ketayap , pembaca perlu sediakan bahan - bahan berikut ;
  • tepung gandum
  • santan kelapa
  • sedikit jus pandan ( kisar daun pandan dan ambil airnya )
  • pewarna hijau
  • sedikit air kapur ( untuk nampak berkilat )
  • sedikit garam 
  • tepung jagung ( 1 sudu )
  • sebiji telur

Sudah sedia semua bahan lempeng kuih ketayap di atas , langkah seterusnya adalah mengadun semua bahan tersebut . Perkara pertama yang pembaca perlu buat adalah

  1. Campurkan santan kelapa , jus pandan , air kapur , pewarna hijau , telur dan sedikit garam .
  2. Kacau kesemua bahan 1 hingga sebati .
  3. Campurkan tepung agndum dan sedikit tepung jagung .
  4. Campurkan bahan 3 hingga sebati .
  5. Masukkan sedikit demi sedikit bahan campuran 4 ke dalam bahan campuran 2 sehingga pembaca mendapati kecairan adunan itu bila menitis melalui senduk tidak terputus - putus iaitu mengalir jatuh dengan laju . 
  6. Panaskan kuali dengan sedikit butter 
  7. Masaklah adunan seperti pembaca memasak lempeng .
  8. Bila lempeng sudah masak , keluarkan dan segera taburkan inti dan gulungkan secepat mungkin supaya lempeng mudah melekat .

Cepat Dan Mudah


Siap sudah cara menyediakan kuih ketayap . Cepat dan mudah saja kan ? Pembaca cuma perlu rajin dan gigih saja untuk menghasilakannya . Kuih ketayap mudah dan cepat disediakan untuk sarapan dan juga minum petang . Apa lagi , marilah mencubanya .




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Hasif
AUTHOR
12 June 2015 at 14:43 delete

Sedap nye..
Pastu minum dgn air kopi.. Layan...

Blogwalking Sini..
Jombaca artikel baru saya

Mencari 5 Rakan Baru Setiap Hari - Teknik Networking

Jom join Segmen Terbaru Saya ini

Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon