Cara Mudah Hilangkan Gatal Sayur Batang Keladi


Cara Mudah Hilangkan Gatal Sayur Batang Keladi | Batang keladi terkenal dengan kegatalannya . Malah dalam satu dokumentari dalam channel travel and living di saluran Astro 707 , keladi dan batang keladi termasuk dalam senarai makanan bercun selain kacang gajus . 


Cara Mudah Hilangkan Gatal Sayur Batang Keladi


Pokok Keladi


Ada banyak jenis pokok keladi . Tak semua batang keladi boleh dimakan terutama batang keladi gajah . Pokok keladi gajah hanya sesuai sebagai tanaman hiasan . Di Hawai , pokok keladi ditanam secara ladang untuk dikomersialkan menjadi bahan makanan . Ais krim adalah antara makanan yang menggunakan keladi sebagai salah satu perasanya melalui ubi keladi .

Di Malaysia , ubi keladi dijadikan kerepek dan juga di rebus dan dimakan bersama ikan masin ataupun kelapa parut . Itu pun tak ramai yang pandai buat sebab gatal . Daun keladi pula boleh dijadikan pembukus sejenis makanan di Serawak . Manakala batang keladi pula dimasak tumis ataupun asam pedas juga masak lemak sama ada sendiri atau bersama udang dan siput sedut .

Ulur keladi juga boleh dimasak asam pedas , masak lemak dan juga masak tumis bersama ikan bilis . Rasanya lebih sedap daripada batang keladi bagi Cynta lah .

Cara Mudah Hilangkan Gatal Sayur Batang Keladi


Sebelum memasak batang keladi , anda perlu lakukan sesuatu untuk menghilangkan kegatalan batang keladi . Ada dua cara yang anda boleh gunakan untuk hilangkan gatal batang keladi ataupun gunakan kedua - duanya sekali jika rajin .

1- Jemur Di Bawah Oanas Terik Matahari


Jemur batang keladi di bawah terik matahari seharian ataupun sehingga layu . Tujuannya untuk menghilangkan getah pada batang keladi tersebut .

2- Rebus 


Selepas mebuang kulit batang keladi , rebus batang keladi sehingga lembut . Selepas itu buang airnya dan cuci dengan air yang mengalir . Kemudian , barulah masak apa sehaja resepi yang anda gemari .

Tips Elak Terkena Getah

  • sebelum memulakan proses membuang kulit batang keladi , sarung tangan anda dengan plastik
  • atau , anda spukan sahaja tangan anda dengan minyak .


- by Cynta Zaa

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon