Khasiat Ubi Keladi



Khasiat Ubi Keladi | Khasiat ubi keladi sangat jarang dikongsikan . Kebanyakan dari kita hanya tahu keenakan ubi keladi sahaja . Tahukah anda bahawa ubi keladi banyak khasiatnya malah baik untuk kseihatan juga . Bagi masyarakat Cina , Korea dan Jepun , ubi keladi telah lama digunakan dalam perubatan tradisional mereka .

Khasiat Ubi Keladi

Nutrisi Secara Umum


Ubi keladi mengandungi khasiat penting yang diperlukan oleh manusia setiap hari . Kandungan vitamin B6 yang tinggi dalam ubi keladi menjadikan hati kita dapat berfungsi dengan baik . 

Vitamin C dalam ubi keladi memainkan peranan penting dalam menentang radikal bebas  dalam tubuh manusia . Selain itu , vitamin C pada ubi keladi dapat menjadikan seseorang itu awet muda , memperbaiki sistem imun , menyembuhkan luka dan membantu alam pertumbuhan tulang manusia .

Ubi keladi padat dengan kandungan kuprum , kalsium , potasium , zat besi , mangan dan fosforus . Oleh sebab itu , ubi keladi menjadi sumber galian ( mineral ) yang baik kepada keperluan manusia .

Kandungan potasium yang tinggi dan seimbang tetapi rendah sodium dalam ubi keladi dapat membantu melindungi jantung dan menentang osteoporosis juga membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah . Ini kerana potasium merupakan komponen penting  bagi sel dan cecair tubuh .

Manakala kuprum atau tembaga dalan ubi keladi pula amat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah .

Mangan yang terdapat dalam ubi keladi pula dapat digunakan oleh tubuh sebagai kofaktor untuk enzim antioksidan . Manakal zat besi pula diperlukan dalam pembentukan sel darah merah .

Ubi keladi juga mengandungi lemak tepu tetapi dalam paras yang rendah . Sudah tentu ianya selamat untuk jantung .

Kepadatan serat ( fiber ) dalam ubi keladi dapat membantu meningkatan kesihatan usus terutamanya untuk sistem pencernaan .


Khasiat Ubi Keladi

Khasiat Ubi Keladi


Sebenarnya terlalu banyak khasiat ubi keladi untuk kesihatan tubuh badan manusia . Walaupun adakalanya ubi keladi gatal bila dimakan , khasiat yang terdapat di dalam ubi keladi menjadikan kita rugi jika tidak menjamahnya .

Berikut antara khasiat ubi keladi yang anda perlu ketahui .

1- Darah Tinggi


Ubi keladi boleh mengawal tekanan darah melalui sumber potasiumnya yang tinggi . Protein yang dikenali sebagai diskorin di dalam ubi keladi pula sangat bermanfaat dalam membantu meningkatkan pengaliran darah ke buah pinggang seterusnya dapat mengurangkan tekanan darah .

Kandungan vitamin C dalam ubi keladi pula didapati dapat membantu merendahkan tekanan darah serta membantu memastikan pengembangan pembuluh darah dengan betul . Keadaan ini akan memperbaiki pegaliran darah ke jantung lalu mencegah penyakit yang berkaitan dengan kolesterol tinggi .

2- Merendahkan Kolesterol


Pada tahun 2005 , Journal of American College of Nutrition telah mendapati bahawa 390 gram ubi keladi boleh menggantikan nasi dan roti  sebagai makanan ruji 3 kali sehari selama 30 hari . Ubi keladi didapati mampu menurunkan kolesterol darah sebanyak 5.9 peratus . 

3- Kardiovaskular


Kandungan vitamin B6 yang tinggi dalam ubi keladi dapat membantu tubuh memecahkan homosisteina . Homosisteina merupakan sejenis asid amino yang boleh merosakkan dinding pembuluh darah secara langsung . 

Oleh sebab itu , pengambilan vitsmin B6 yang secukupnya dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung .

4- Mengawal Gula Dalam darah


Karbohidrat kompleks ubi keladi diuraikan menjadi gula . Kemudian dibebaskan dan diserap ke dalam aliran darah secara beransur-ansur . Keadaan ini dapat menghalang paras gula dalam darah daripada naik mendadak dan turun rendah dalam kadar mendadak juga .

Kehadirn mangan dalam ubi keladi dapat membantu metabolisma kabohidrat . Ini adalah kofaktor dalam sejumlah enzim yang penting dalam penghasilan tenaga .

5- Mengawal Beat Badan


Ubi keladi dapat mengawal berat badan melalui kandungan seratnya ( fiber ) dan jumlah kalorinya yang rendah . Justeru itu , makan sedikit ubi keladi sudah boleh menjadikan anda merasa kenyang . Secara tidak langsung , berat badan dapat dikawal .

6- Mencegah Kanser


Vitamin C yang bersifat antioksidan dalam ubi keladi mampu mencegah kanser dengan cara melindungi tubuh dari radikal bebas . Radikal bebas telah menyebabkan oxidative stressatau cellular rust yang sering dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser .

7- Otak Dan Sistem Saraf


Potasium yang banyak dalam ubi keladi dapat membantu melancarkan aktiviti otot dan saraf . Banyak sel otot dan saraf kita mempunyai saluran-saluran khusus untuk menggerakkan potasium masuk dan keluar . Apabila pergerakan ini tersekat atau apabila kurangnya potasium dalam diet kita , aktiviti otot dan saaf akan terjejas .

8- Baik Untuk Mata


Secawan ubi keladi mengandungi kira - kira 30 peratus keperluan vitamin C yang disyorkan . Oleh sebab itu , jika mahukan mata yang sihat , makanlah ubi keladi .

Tubuh kita menggunaan vitamin C untuk meningkatkan sistem kekebalan . Ini turut membantu mencegah kemerosotan makula ( macular degenaration ) , iaitu kemerosotan penglihatan yang menyebabkan menjadi buta bila sudah tua .

9- Melegakan Sindrom PMS


Sindrom PMS ( premenstrual syndrome ) atau sindrom prahaid sering menganggu wanita . Ubi keladi boleh mengurangkan rasa tidak selesa disebabkan kandungan asid folik dan vitamin-vitamin B yang lainnya . Vitamin ini membantu menyingkirkan hormon estrogen yang berlebihan . Hormon inilah penyebab utama berlakunya syndrom PMS .

Dalam kajian perubatan herba Cina , wanita yang menggantikan makanan harian mreka dengan ubi keladi selama 30 hari mendapati kesihatan mereka lebih baik dari segi anti oksidan , lipid , hormon dan beberapa masalah kesihatan wanita .

Ubi keladi selain enak digoreng , juga boleh dijadikan campuran dalam masakan dan juga dijadikan manisan . Bila teknologi makanan meningkat , keladi dipelbagaikan menjadi aiskrim dan kerepek . Malah di Hawaii , pokok keladi ditanam secara ladang untuk dibuat aiskrim .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon