Cara Mudah Buat Baja Organik Di Rumah | Bila sebut saja baja organik , tentu anda terfikirkan najis haiwan ataupun najis manusia . Itu baja organik cara orang dulu - dulu . Baja organik cara petani moden adalah menggunakan bahan terbuang yang bukan dari najis .
Baja Organik
Baja organik merupakan baja yang dihasilkan daripada bahan semulajadi yang dibuang selepas tidak boleh digunakan lagi . Bahan semulajadi tesebut pula telah mengalami proses pereputan . Hasil dari proses pereputan itu telah menghasilkan nutrien yang boleh menjadikan tumbuhan semakin sihat jika ditaburkan di atas tanah tumbuhan tersebut .
Terdapat beberapa baja organik yang telah dihasilkan seperti kompos ( baja yang terhasil daripada sisa makanan , sisa tanaman dan najis ternakan ) , serbuk tulang , rumpai laut , serbuk ikan dan sebagainya .
Cara Mudah Buat Baja Organik Di Rumah
Buat baja organik di rumah sangatlah mudah sebab bahan yang perlu digunakan juga sangat mudah didapati . Bahan baja organik itu anda boleh dapatkan di dalam rumah anda sahaja iaitu di dapur rumah anda .
Bahan baja organik itu adalah kulit pisang masak , kulit telur dan roti yang sudah berkulat . Macam tak percaya saja kan bila kulit telur , kulit pisang dan roti berkulat boleh menjadi baja tapi itulah kebenarannya .
Kulit Telur
Hampir di setiap rumah ada telur di dapur mereka . Jika anda suka menanam terutama dalam skala kecil seperti di dalam pasu , maka kulit telur sangat efisien digunakan sebagai baja . Kalau satu hari anda menggunakan dua biji telur dalam menu anda , kulit dua biji telur sudah cukup untuk menjadi baja untuk satu pasu .
Berikut adalah cara bagaimana kulit telur diproses untuk dijadikan baja organik .
- hancurkan kulit telur dengan menggunakan lesung batu
- tumbuk kulit telur hingga hancur lumat seperti serbuk
- taburkan keatas tanaman di dalam pasu di rumah anda
Roti Berkulat
Selalunya , anak - anak tidak sukan potongan roti di bahagian atas dan bawah selain kulit roti yang ada disekeliling potongan roti . Bahagian itu , jangan anda buang . Kumpulkan dan biarkan kulit roti itu berkulat .
Selain itu , anda perlu jemur kulit roti itu sehingga menjadi kering . Bila dah kering , anda hanya perlu kisar menggunakan pengisar kering sehingga kulit roti itu menjadi serbuk . Selepas itu , bolehlah anda taburkan di atas tubuhan anda .
Kulit Pisang
Pisang masak sangat mudah didapati . Kalau anda ada menanam pokok pisang , lagilah mudah . Bila anda dah makan pisang masak ataupun sudah ambil isinya , kulit pisang itu jangan anda buang . Kulit pisang yang anda pandang sebelah mata dan selalunya akan masuk ke dalam bakul sampah , sebenarnya boleh menjadi baja kepada tanaman anda .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon