Cara Mudah Musnahkan Pepijat Tilam | Sekarang ini , tubuh badan saya ditumbuhi bintik merah . Walaupun tak banyak , kegatalannya memang sangat sedap digaru . Ibarat kurap , makin digaru makin sedap . Dari tahun lepas lagi , sudah ada bintik merah di kaki tapi setakat satu bintik dalam sebulan . Jadinya saya tak banyak fikirlah . Sejak Ogos lepas , bintik itu semakin lama semakin bertambah . Maka jawapannya adalah gigitan pepijat sebab saya tak ada alahan .
Pepijat
Pepijat ini merupakan seekor haiwan yang menyerupai kutu kepala . Cuma saiznya itu lebih kecil iaitu sekadar 1mm sehingga 8mm mengikut usia . Bahasa saintifiknya , pepijat dikenali sebagai cimax atau juga dipanggil sebagai bed bugs .
Susah tau nak cari pepijat ni di atas tilam sebab kalau dia tak hisap darah lagi , warnanya lutsinar . Tapi bila dah hisap darah , pepijat boleh hidup selama 6 hingga 18 bulan . Dalam tempoh itu , kalau pepijat bertelur , telurnya akan menetas sebanyak 5-500 biji dalam satu masa dan akan menetas hanya dalam 6 hingga 10 hari je . Bayangkan berapa banyak dah pepijat beranak pinak dalam sekelip mata ?
Lagi susah bila pepijat ni suka sangat tinggal di celah - celah sofa , dinding ,lantai papan , paip dan paling geram bila pepijat ni duduk dalam tilam . Kalau dah banyak sangat dalam tilam tu , lebih baik buang saja tilam tu dan gantikan yang baru .
Pepijat ni tidak menyebarkan penyakit yang merbahaya walaupun pepijat menggigit manusia selama 5 minit tetapi berpotensi menyebarkan Hepatitis B .
Cara Mudah Musnahkan Pepijat Tilam
Selepas saya dapat kesan yang saya kena gigitan pepijat pada Ogos lepas ,saya cuba kaedah moden dan tradisional untuk menghalau pepijat .
Cara Tradisional
Masa saya kanak - kanak , saya selalu nampak orang menjemur bantal , tilam dan selimut dibawah panas matahari . Masa tu , saya ada juga tanya kenapa buat macam tu Mereka cuma kata , kalau jemur bantal dan tilam , tidur malam badan tak gatal - gatal .
Jemur Tilam
Jadinya , saya cuba menjemur tilam saya . Mulanya saya cuma jemur selama 2 hari saja pada Ogos lepas . Selepas tu dah tak ada bintik - bintik merah dan gatal - gatal lagi . Tapi , bila masuk bulan Oktober , bintik merah makin banyak pula di badan hanya dalam satu malam . Ini bermakna, telur pepijat sudah menetas . Maka saya perlu jemur tilam untuk tempoh seminggu untuk musnahkan pepijat .
Daun Pandan
Selain dari menjemur tilam , sayajuga praktiskan dengan menabur daun pandan yang parut halus ke atas serata tilam . Lepas tu saya tutup tilam itu dengan cadar . Cara ini saya buat pada waktu malam pula .
Serai Wangi
Sekiranya anda ada menanam pokok serai wangi , anda juga boleh gunakan serai wangi yang ditumbuk kasar untuk ditaburkan diatas tilam kemudian tutup tilam dengan cadar .
Cara Moden
Sekiranya anda tidak ada serai wangi dan daun pandan anda boleh cuba cara moden pula . Anda hanya perlu dapatkan di pasaraya sahaja .
Kapur Barus
Anda juga boleh gunakan kapur barus sebagai alternatif . Caranya , taburkan kapur barus yang sudah dihancurkan dan taburkan di atas tilam kemudain tutup dengan cadar diwaktu malam .
Ridset Racun Serangga
Dapatkan ridset racun serangga yang kuat baunya . Kemudain anda semburkan ke setiap pelusuk tilam terutama dicelah - celah supaya tak ada pepijat yang terkecuali dari terkena semburan ridset racun serangga . Selepas itu , tutup tilam dengan cadar .
Klorox
Rendam semua cadar dan serung bantal serta tilam dengan klorox yang dicampukan dengan air panas . Selepas satu hari , barulah dicuci .
Halau / Bunuh Pepijat
Sama ada anda gunakan cara moden halau pepijat ataupun tradisional halau pepijat , tujuan utama adalah untuk menghalau ataupun membunuh semua pepijat . Walaupun tidak ada jaminan anda tidak lagi diganggu pepijat , mencuba itu lebih baik dari membiarkan pepijat itu kendurikan darah anda .
7 comments
Write commentsTerima kasih kongsi tips.
ReplyBiasanya jika ada kelawar yang bersarang kat rumah tak lama kemudian mesti pepijat pun ada
asalmualaikum...... kepd sesiapa yg bermasalah dgn pepijat bole lab hubungi saya aisyah d no 0129549985..@bole jgk wassp saya..tq
Replyterima kasih diatas perkongsian tips ini... harap membantu
ReplySedut pakai vakum lebih cepat.Termasuk telur pun ikut sekali.
Replyternyata caranya seperti itu yah, saya baru tahu
ReplyOooo boleh guna kapur barus ye..baru tau..tq sharing!
ReplyUbat organik ( 013-3604802)
Replydigunakan untuk membunuh hama,lalat,semut,lipas....
sebotol RM 23 (berat 750 ml )
๐ปAnda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. ๐๐ป EmoticonEmoticon