Resepi Mudah Mee Goreng Semur


Resepi Mudah Mee Goreng Semur  | Mee goreng semur atau mee masak kicap sebenarnya terkenal dikalangan orang cina . Mungkin juga, resepi asal pun dari mereka juga . Bila berada dalam negara yang pelbagai bangsa ini , originaliti pun dah tak tahu dari mana . 


Mee Goreng Semur Ramadhan

Resepi Mudah Mee Goreng Semur 


Resepi mudah mee goreng semur aka kicaplah yang paling mudah pembaca sediakan berbanding mee lainnya terutama di bulan ramadhan ini . Pembaca cuma perlu ada bahan asas iaitu mee dan kicap sahaja .

Mee goreng semur ini ada bahan perasa lain selain kicap . Kalau nak tahu apa dia , jom tengok cara menyediakannya .

Bahan - bahan ;

  • mee
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram 
  • telur
  • udang / sotong
  • sawi / taugeh
  • bawang putih dan bawang merah
  • minyak
  • air

Dah sedia semua bahan di atas , jom kita masak

  1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak .
  3. Bila dah panas , masukkan bahan tumbuk (1). Goreng hingga kekuningan .
  4. Masukkan udang dan sotong . Kacau sebentar
  5. Masukkan kicap pekat , kicap cair dan sos tiram . Kacau hingga sebati 
  6. Masukkan air , kacau sebati . Biarkan hingga mendidih dan pekat sedikit.
  7. Masukkan sayur sawi . 
  8. Bila sayur sawi layu , masukkan mee.kacau hingga sebati.
  9. Masukkan taugeh . Gaul hingga mesra . Bila dah mesra , tutup api .
  10. Goreng telur mata kerbau dan letakkan di atas mee kicap .

Siap Sekelip Mata


Cynta masak mee goreng semur ini pakai campak - campak saja sebab perasa dah ada pada kicap dan sos tiram . Resepi mudah , sekelip mata je dah siap . Kalau pembaca nak pedas , boleh saja tambah cili jeruk bila makan . 




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon