Merahkan Bibir Tanpa Lipstik | Lipstik / gincu merupakan satu solekan yang paling digemari dan utama bagi seseorang wanita . Tanpa lipstik / gincu , bibir akan nampak lebam dan pucat . Bagi sesetengah wanita , keadaan itu menyebabkan dia rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang lain .
Lipstik / Gincu
Penggunaan gincu / lipstik pada bibir sesetengah orang akan membuatkan bibir mereka jadi lebam . Ini berlaku kerana mungkin lipstik / gincu tersebut mengandungi bahan kimia tertentu yang menyebabkan bibir anda alah dengannya . Oleh sebab itu , ramai antara anda lebih memilih untuk tidak memakai lipstik / gincu .
Merahkan Bibir Tanpa Lipstik
Ada cara lain selain mengunakan lipstik / gincu untuk mendapatkan kesan bibir yang merah menawan . Bibir anda juga tidak akan lebam . Anda boleh menggunakan lip tint . Lip tint ni sebenarnya adalah pewarna bibir . Selepas anda melakukan rawatan ke atas bibir seperti di SINI , anda bolehlah sapukan lip tint ke atas bibir anda . Selepas itu , sapukanlah dengan lip balm ataupun pelembap bibir .
Lip Tint
Di Korea Selatan , Lip tint ini sudah popular dan digunakan oleh artis mereka . Sebab itu , bibir artis lelaki di Korea Selatan merah - merah belaka . Kalau gunakan lipstik , bibir akan nampak kesam berkilat . Dah macam perempuan pula nanti kan .
Di GoShop Astro ada menjual lip tint ni . Lip Tint tersebut hanya perlu disapukan ke atas bibir , biarkan kering , kemudian tanggalkan seperti mask . Bibir akan kelihatan merah mengikut warna lip tint . Tint bibir itu pula boleh bertahan selama 12 jam . Bagi kita orang Islam , kalau nak pakai tint bibir , perlulah tint bibir yang boleh hilang bila terkena air supaya air wuduk dapat sampai ke bibir kita .
2 comments
Write commentsMenarik ni. Selalunya lepas makan..dah tertelan dengan lipstick sekali. Kalau guna ni, warnanya mungkin lebih tahan
Replyyg bagusnya kan fidah , nampak macam bibir kita warna semulajadi
Reply🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon