Sambal Sotong Petai


Sambal Sotong Petai | Sambal adalah sajian utama orang Malaysia . kalau anda makan di restoran atau pun di rumah , mesti ada sambal . Sekurang- kurangnya sambal belacan .

Sotong


Sotong ada pelbagai jenis . Ada sotong saiz biasa , ada sootog kecil yang Cynta panggil comek dn ada sotong jeruk yang saiznya besar . Selain di masak sebagai campuran dalam masakan lain , dibakar , ditumis , dikukus dan sebagainya , sambal sudah menjadi salah satu rsespi masakannya .

Petai


Petai , walaupun berbau bila dimakan , ianya sangat sedap bila dimakan sebagai ulam , campuran dalam masakan , dibakar dan dijadikan campuran dalam sambal .


Sambal Sotong Petai


Sambal Sotong Petai


Cynta gunakan sotong comek / sotong kecil untuk sambal sotong petai ini . Tanpa petai , sambal sotong kelihatan kosong lah pula . Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya :

Bahan - bahannya :


  • Sotong Comek
  • Petai
  • Pes Cili
  • Bawang Besar Di mayang
  • Bawang Kecil 
  • Bawang Putih
  • Belacan 
  • Minyak 
  • Air Asam Jawa
  • Garam 
  • Gula


Cara Membuatnya :


1- Tumbuk bersama bawang putih dan bawang merah kecil .

2- Panaskan minyak , masukkan belacan . kacau hinga berderai .

3- Masukkan bahan yang ditumbuk . Tunis hingga kekuningan .

4- Masukkan pes cili . Masak hingga terbit minyak .

5- Masukkan air asam jawa . Masak hingga mendidih .

6- Masukkan comek , bawang yang dimayang . Masak hingga sotong berubah warna / lembut .

7- Masukkan petai , gula dan garam . Bia rasa dah sebati , tutup api dan angkat untuk dihidang .


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon