Assalamualaikum ...
Buat Bedak Sendiri | Cynta memang suka buat ekperimen . Selalunay Cynta buat untuk jimatkan perbelanjaan selain nak tahu apa kesannya . Yang penting , tak memudaratkan diri sendirlah . Setakat ni Cynta dah buat ekperimen untuk merahkan bibir yang lebam ( boleh klik di SINI ) dan bibir kekal lembap walaupun berpuasa 9 belum buat entry lagi ) .
Buat Bedak Sendiri
Idea nak buat bedak sendiri ni bermula dengan serbuk tulang sotong . Orang zaman dulu kan buat bedak guna bahan alami yang ada kat sekitar mereka . Serbuk tulang sotong ni dah lama dah Cynta simpan . Satu hari tu , Cynta nampak bedak 3A ( bedak batu , Bekasnya ada gambar 3 kuntum bunga ros warn hijau ) . Maka datanglah idea Cynta nak campurkan mereka ni menjadi satu .
Caranya mudah saja . Campurkan serbuk tulang sotong dengan bedak batu dalam pengisar kering . Pastu kisarlah sampai halus .
Serbuk Bedak Arab
Cynta ada bedak arab tapi dah berderai . Susah doh nak tekap pada span . Jadinya , Cynta cuba dapatkan bedak batu . Cari bedak batu 3A tapi tak ada . Jadinya Cynta guna saja bedak batu Hoi Tong ni . Insha Allah , tak ada campuran bahan yang tak halal . Bedak ni buatan Indonesia . Bedak Hoi Tong ni boleh juga dijadikan sebagai masker . Alah , macam kita pakai bedak sejuk tu . Kalau rajin amalkan , boleh cerahkan dan haluskan kulit wajah kita tau .
Bila dah ada bedak Hoi Tong ni , Cynta satukan bedak arab , bedak Hoi Tong dan serbuk tulang sotong di dalam pengisar kering . Selepas tu kisarlah sampai mereka mesra dan halus . Kalau tak ada serbuk tulang sotong pun tak mengapa .
Walaupun hasilnya tak sehalus pedak compact yang ada di pasaran , tapi sudah memadai untuk menutup cela di muka . Sangat sesuai dibuat masker bagi mereka yang kulit berminyak . Bila dah tepek kat muka tu , rajinkanlah sapu kat serata kulit . kalau selalu buat , kulit muka akan jadi halus .
3 comments
Write commentsWah .... Cynta kreatif sekali, jadi tidak susah-susah beli bedak ke Minimarket lagi. Oh ya, kalau bedak tradisional ini diproduksi secara masal, dan di beri sedikit sentuhan inovasi, bisa jadi pekerjaan sampingan buat Cynta juga orang lain loh...
ReplyKreatif!!!! Boleh ceritakan mengapa letak tulang sotong?... maksud saya...apa khasiat tulang sotong tu?
Replymana awak beli serbuj tulang sotong? nak cari la
Reply🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon