Khasiat Pokok Kemam Air / Setangki Rawat Demam Dan Sakit Telinga | Mungkin ramai tidak mengetahui nama sebenar tumbuhan ini biarpun selalu melihatnya . Pokok kemam air juga dikenali dengan nama pokok setangki . Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Neptunia Oleracea .
Pokok setangki dan pokok semalu tidak banyak bezanya dari segi rupa dan sifatnya . Pokok kemam air ini juga akan mengecut bila disentuh . Namun perbezaannya dapat dilihat apabila pokok kemam air begitu mudah tumbuh di kawasan berair dan berpaya . Manakala pokok semalu pula hanya dilihat tumbuh di kawasan-kawasan terbiar tanpa penjagaan .
Tumbuhan herba ini mempunyai persamaan yang jelas dengan pokok semalu yang cukup popular dikalangan masyarakat Melayu . Sesetengah masyaakat menggunakan pucuk pokok kemam air di dalam masakan kampung .
Selain digunakan sebagai bahan dalam makanan , pokok setangki juga digunakan untuk sudut perubatan perubatan tradisional khususnya untuk rawatan demam panas dan sakit telinga .
Khasiat pokok kemam air ini dikatakan terdapat pada keseluruhan pokok tersebut . Bagi rawatan demam panas , beberapa batang pokok ini diperlukan untuk direbus bersama air hingga mendidih .
Air rebusan bersama tumbuhan itu kemudiannya ditapis . Biarkan air tapisan itu menjadi suam dengan sendiri sebelum diminum . Lakukan amalan itu sehingga demam berkurangan .
Untuk rawatan sakit telinga pula , beberapa batang pokok setangki juga diperlukan untuk dikisar . Semasa proses kisaran , sedikit air yang sudah dimasak diperlukan . Apabila pokok setangki menjadi lumat , titiskan air kisaran itu ke lubang telinga yang sakit itu .
Dengan amalan itu dipercayai ia dapat mengurangkan rasa kesakitan yang dialami .
Khasiat Pokok Kemam Air / Setangki Rawat Demam Dan Sakit Telinga
Tumbuhan herba ini mempunyai persamaan yang jelas dengan pokok semalu yang cukup popular dikalangan masyarakat Melayu . Sesetengah masyaakat menggunakan pucuk pokok kemam air di dalam masakan kampung .
Selain digunakan sebagai bahan dalam makanan , pokok setangki juga digunakan untuk sudut perubatan perubatan tradisional khususnya untuk rawatan demam panas dan sakit telinga .
Rawat Demam Panas
Khasiat pokok kemam air ini dikatakan terdapat pada keseluruhan pokok tersebut . Bagi rawatan demam panas , beberapa batang pokok ini diperlukan untuk direbus bersama air hingga mendidih .
Air rebusan bersama tumbuhan itu kemudiannya ditapis . Biarkan air tapisan itu menjadi suam dengan sendiri sebelum diminum . Lakukan amalan itu sehingga demam berkurangan .
Rawat Sakit Telinga
Untuk rawatan sakit telinga pula , beberapa batang pokok setangki juga diperlukan untuk dikisar . Semasa proses kisaran , sedikit air yang sudah dimasak diperlukan . Apabila pokok setangki menjadi lumat , titiskan air kisaran itu ke lubang telinga yang sakit itu .
Dengan amalan itu dipercayai ia dapat mengurangkan rasa kesakitan yang dialami .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon