Halia Penawar Serba Guna | Herba pelbagai khasiat HALIA dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya . Malah , halia dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut .
Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun yang lalu . Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit terutama masalah kesejukkkan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki . Gejala itu dikesan berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah .
Khasiat Halia
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan sahaja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden .
Menurut satu laporan , kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan .
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium ( 125 miligram ) , fosforus ( 63mg ) dan kalsium tenaga ( 52 kilokalori ) selain protein , karbohidrat , gentian , vitamin C dan niasin .
Halia Penawar Serba Guna
Sejak dari dulu lagi , banyak penyakit dapat dirawat menggunakan halia . Oleh sebab itu , halia telah dianggap sebagai penawar serba guna . Antara penyakit yang dapat dirawat menggunakan halia adalah seperti berikut :
1- Ubat Minum Dan Ubat Sapu
Dalam perubatan alternatf , halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau ubat sapu .
2- Hilangkan Angin / Kembong Perut
Seperti yang diketahui umum , air rebusan halia yangdicampur lada hitam boleh menghilangkan angin dalam perut .
Air rebusan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan .
Bagi mereka yang terseliuh anggota badan , halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk ditempat tersebut dapat mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan .
3- Rasa Pening Dan Mual
Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum .
4- Menguatkan Tenaga Batin Dan Tambah Air Mani
Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani .
Khasiat Lain
Selain khasiat halia merawat segala penyalit seperti di atas , halia juga boleh mengubati sakit sendi , cirit birit , kekurangan tenaga , pening kepala dan demam panas . Selain itu , halia membantu menghadam makanan , mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon