Resepi Mudah Mee Ladna | Untuk resepi ini , Cynta mengguakan mee yang dibuat sendiri menggunakan mesin membuat mee atau noodle maker . Cetak yang digunakan adalah untuk menghasilkan spagetti . Jadinya , anda jangan pelik tengok mee Cynta yang nampak besar sedikit ya .
Kelebihan Buat Mee Sendiri ( homemade )
Banyak kelebihan bila kita buat mee sendiri di rumah . Kelebihan yang paling jelas berbanding mee yang sudah siap di pasaran adalah
- tiada bahan pengawet
- tidak menggunakan minyak
- boleh letak bahan campuran ikut pilihan sendiri
- mee lebih segar
Resepi Mudah Mee Ladna
Sebenarnya Cynta tak tahu nak letak nama apa sebab resepi membuat mee ini Cynta guna sahaja bahan yang ada di depan mata . Caranya membuat mee ladna cara Cynta mudah sahaja .
1- Hiris nipis bawang putih dan halia .
2- Panaskan minyak .
3- Masukkan bawang putih dan halia . Biarkan sehingga bawang putih agak kekuningan .
4- Masukkan cili kisar , masak hingga naik minyak . Selepas itu , masukkan sos cili , kicap lemak manis dan sos lada hitam . Kacau hingga sebati .
5- Masukkan tepung gandum yang sudah dibancuh dengan sedikit air . Kadar air cukup untuk mee ladna kelihatan berkuah . Kacau hingga sebati .
6- Masukkan hirisan tomato dan sebiji telur . Jika mahu masukkan sayuran dan udang / sotong , boleh masukkan .
7- Bila kuning telur membeku , masukkan mee .
8- Angakat mee bila anda rasa mee sudah mesra dengan kuah sos .
9- Hidangkan bersama hirisan limau kasturi ataupun cili jeruk .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon