Cara Cepat Hilangkan Cirit Birit | Tak siapa yang mahu dapat cirit birit . Tapi kalau dah perut nak meragam , kita terpaksalah terima . Masa tulah baru nak fikir , apa yang dimakan sehingga perut memulas dan jadi cirit birit .
Cirit Birit
Inilah yang berlaku pada Cynta . Seawal pagi lagi perut dah mula berbunyi . Masa tu Cynta fikir mungkin sebab Cynta belum ambil sebarang sarapan . Maka perut pun berdondang sayang . Tiba - tiba pula terasa seperti ada sesuatu nak keluar . Maka segeralah Cynta berlari ke tandas .
Selepas keluar dari tandas , maka perut mula memulas . Ketika itu baru terfikir yang Cynta sebenarnya kena cirit birit atau juga dikenali sebagai Diarea. Selepas itu , berulang - aliklah Cynta ke tandas hingga ke petang hari . Bila perut dah kosong , maka terasalah laparnya walaupun dah tak selera nak makan .
Cara Cepat Hilangkan Cirit Birit
Dalam pada tiada selera nak makan tapi perut lapar , Cynta ternampak telur rebus . Maka Cynta pun rembat sahajalah . Selepas makan telur rebus baru Cynta perasan yang perut Cynta dah tak memulas lagi . Bukan setakat itu , Cynta pun dah tak pergi ke tandas lagi . Kesimpulan yang Cynta dapat adalah , telur rebus dapat hentikan cirit birit dan perut yang memulas .
Selain itu , ada lagi satu cara yang Cynta boleh guna kalau tak makan telur rebus . Cynta cuma perlu ambil daun jambu batu yang tua untuk hentikan cirit birit , kemudain rebus dengan tiga cawan air dan biarkan air rebusan itu msak hingga menjadi satu cawan sahaja . Selepas itu , bolehlah minum bila air rebusan daun jambu batu dah jadi suam .
Cirit birit sebabkan banyak air dalam badan kita yang sudah terhidrat . Sebab itu badan kita jadi lemah . Minum air suam yang kerap boleh menggantikan air pada badan yang terhidrat sebelumnya .
Sebab Cirit Birit
Pada malam sebelumnya , Cynta meratah sayur kobis masak sos lada hitam sehingga licin satu mangkuk . Bila Cynta tanya pada kakak , rupanya anak buah Cynta bukan sekadar masukan sos lada hitam tetapi juga serbuk lada hitam ke dalam sayur kobis .
Cirit birit juga boleh berlaku bila kita makan makanan yang dah tamat tempoh . Selalunya orang sebut keracunan makanan . Keracunan makanan berlaku bila bakteria tertentu mencemari makanan . Bila dimakan makanan tersebut , kita akan alami cirit birit dan mungkin juga muntah - muntah . Itu sebenarnya proses normal perut kita mencuci bersih isi didalamnya .
Situasi akan berubah bila cirit birit anda tak berhenti untuk lebih sehari . Bila keadaan itu berlaku , anda perlu rujuk kepada doktor . Ini kerana anda mungkin hidapi denggi ataupun gejala flu .
Selain itu , sekiranya anda sorang penghidap diabetis dan anda melanggar pantang dengan memakan makanan yang berasaskan karbohidrat terproses , maka anda juga akan mengalami cirit birit . Meminum minuman yang manis juga akan menyumbang kepada risiko cirit birit .
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon