Resepi Mudah Pengat Tepung Pulut


Resepi Mudah Pengat Tepung Pulut | Pulut adalah antara pencuci mulut kegemaran Cynta . Tak kiralah tepung pulut atau beras pulut . bila masuk mulut , melekat tu lah yang menjadi nikmat bila mengunyah . Pulut ni ada karbohidrat yang tinggi . Sebab itu pulut ada rasa manis . Pulut ambil masa lebih lama dari nasi untuk dihadam dengan sempurna di dalam perut kita .


Resepi Mudah Pengat Tepung Pulut


Resepi Mudah Pengat Tepung Pulut


Mungkin anda tak pernah dengar pengat tepung pulut tapi anda biasa dengar badak berendam . Sama saja sebenarnya . Saja je Cynta nak tukar nama . Kenapa dipanggil badak berendam , Cynta pun tak pasti . Mungkin kerana bentuknya yang besar dan berendam dalam santan .  Tapi proses membuatnya tetap sama . Jom kita tengok poses membuatnya yang sangat mudah itu . Pejam mata pun boleh siaplah , orang kata .

Bahan - bahannya :


  • Tepung pulut
  • air
  • garam
  • santan
  • gula

Resepi Mudah Pengat Tepung Pulut

Cara membuatnya :


1- Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk . 

2- Masukkan air dan garam , bancuh hingga menjadi adunan .

3- bahagikan kepada beberapa bahagian . Sebab Cynta guna dua warna saja , jadi Cynta bagi kepada dua bahagian . Satu bahagian dicampur pewarna merah dan satu bahagian lagi dicampur warna hijau .

4- Cubit sedikit adunan , bulatkan kemudia lekukkan di bahagian tengah . Buat hingga adunan habis .

5- Panaskan air di dalam periuk . Bila sudah mendidih , masukkan satu demi satu bebola tepung pulut . 

6- Bila bebola tepung pulut sudah timbul , angkat letak di atas penapis . 

7- Masukkan santan , gula dan daun pandan ke dalam periuk . Kacau hingga mendidih .

8- Masukkan bebola tepung pulut yang ditapis tadi ke dalam santan . Bila dah mendidih , tutup api dan angkat untuk dihidang .



~ Air Tangan Cynta Zaa ~




Artikel Terkait

  • Resepi Mudah Buat Lemonade Resepi Mudah Buat Lemonade | Lemonade merupakan sirap kegemaran masyarakat barat . Lemonade ini dihasilkan dari gabun
  • Resepi Mudah Pankek Piza Resepi Mudah Pankek Piza | Pankek atau lempeng adalah sajian yang sangat mudah disediakan . Dari kecil lagi sudah bi
  • Resepi Mudah Sup Tulang Resepi Mudah Sup Tulang | Sup tulang merupakan sup kegemaran ramai orang terutama sup gear box . Sup tulang boleh sa
  • Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan Resepi Mudah Buat Pau Gebu Sukatan Cawan | Resepi adunan buat pau dengan resepi adunan membuat roti tak banyak beza

1 comments:

Write comments
Hasif
AUTHOR
12 July 2015 at 06:59 delete

Badak berendam..
Sedap ooooo.. Nyumm...

Blogwalking Sini..
Jombaca artikel baru saya

Belajar Bukan Semata Untuk Dapatkan Kerja?

Reply
avatar

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng