Biskut Bubble Rice Bermadu


Biskut Bubble Rice Bermadu | Idea nak buat Biskut Bubble Rice Bermadu ni datang bila nampak bubble rise masa cari bahan buat biskut di kedai BAGUS . Selalunya orang buat biskut cornflakes madu . Tapi Cynta ubah dengan menukarkan cornflakes dengan bubble rise .


Biskut Bubble Rice Bermadu


Biskut Bubble Rice Bermadu


Nak buat Biskut Bubble Rice Bermadu ni taklah susah malah semudah abc je . Wah , ayat dahsyat kan ... hehehee . Tak percaya ? Jom kita buat .


Biskut Bubble Rice Bermadu

Bahan - bahannya ;

  • Bubble Rise 200g ( satu paket )
  • Biji Bunga Matahari 100g ( satu paket )
  • Biji Labu 100 g ( satu paket )
  • 1 cawan Madu
  • 3 sudu besar Gula Kastor
  • 1 cawan Susu Pekat Manis
  • 1/2  buku Mentega / Marjerin

Biskut Bubble Rice Bermadu

Cara Membuatnya :


1- Sangan ( goreng tanpa minyak ) biji bunga matahari dan biji labu sehingga garing . Goreng berasingan .

2- Panaskan kuali , masukkan mentega / marjerin . Biarkan hingga cair .

3- Masukkan madu , gula kastor dan susu pekat manis . Kacau sehingga gula mencair dan adunan caramel mendidih . Bila dah mendidih . Tutup api .

4- Biarkan adunan karamel sehingga suam barulah masukkan bubble rice , biji bunga matahari dan biji labu . Kacau rata .

5- Keluarkan dan masukkan kedalam bekas yang besar .

6- Ambil sedikit , masukkan kedalam cawan kertas dan taburkan coklat rise diatasnya .

7- Bakar 10 minit dalam oven untuk dapatkan hasil yang lebih rangup .


Mudah saja bukan . Bolehlah anda mencubanta nanti .

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon