Cara Mudah Jadikan Rambut Lebat Bersinar | Rambut merupakan mahkota wanita . Walaupun wanita itu berhijab , rambut tetap perlu dijaga rapi . Selain untuk mengelak wujudnya kelimumur yang menjadikan kepala anda gatal , mengelakkan bau yang tidak sedap dihidu oleh orang lain , rambut juga perlu dijaga dari putus , bercabang dihujungnya dan gugur lebih banyak dari yang sepatutnya .
Minyak Zaitun
Minyak zaitun adalah pelembap terapi yang diperkaya dengan vitamin A C dan E , berupaya merawat rambut dan kulit . Formulasinya yang lembut , cepat meresap tanpa kesan berminyak dan melekit .
Cara Mudah Jadikan Rambut Lebat Bersinar
Orang zaman dahulu menggunakan santan dan minyak untuk merawat rambut supaya lebat dan bersinar kerana dua bahan itu mudah didapati dan ada disekeliling mereka . Bila zaman semakin moden , kaedah penjagaan rambut juga turut berubah .
Minyak zaitun merupakan alternatif yang paling berkesan untuk jadikan rambut lebat bersinar . Berikut adalah cara mudah jadikan rambut lebat bersinar menggunakan minyak zaitun .
1- Sebelum anda mencuci rambut anda , sapukan minyak zaitun ke atas rambut dan urut untuk beberapa minit . Biarkan untuk seketika , selepas itu syampukan rambut seperti biasa .
2- Untuk mereka yang mempunyai rambut beruban , gunakanlah minyak zaitun setiap hari . Minyak zaitun membekalkan zat dan galian kepada kulit kepala dan dengan itu ia dapat mencegah rambut beruban .
3- Bagi mereka yang berambut kering dan mempunyai rambut berbelah , sapukan minyak zaitun ke atas rambut anda untuk melembap dan menyuburkan rambut yang tidak bermaya .
4- Gunakanlah minyak zaitun untuk mendandan rambut anda menurut gaya yang anda ingini .
Lihat Juga :
Cara Mudah Hilangkan Kelimumur
Cara Muda Atasi Rambut Rosak
🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon