Biskut Bangkit Kelapa Susu


Biskut Bangkit Kelapa Susu | Idea nak buat Biskut Bangkit Kelapa Susu ni terbit bila teringin nak buat kuih bangkit tapi tak ada santan . Jadinya Cynta cuba ubah resepi ikut suka hati Cynta saja lah . Alhamdulillah menjadi .

Biskut Bangkit Kelapa Susu


Biskut Bangkit Kelapa Susu


Mengikut resepi asal , kuih bangkit dibuat daripada gabungan tepung ubi dan santan serta sedikit tepung gandum . Bila kat dapur Cynta tak ada santan , maka cynta gantikan susu pekat sebagai cecair untuk menjadikan tepung ubi menjadi doh yang boleh diterap dengan acuannya . Maka jadilah Biskut Bangkit Kelapa Susu . Tak sabar doh nak tengok cara membuatnya ? Jom kita tengok ramuan dan cara membuatnya .


Biskut Bangkit Kelapa Susu

Bahan - bahan :

  • 3 cawan tepung ubi 
  • tepung gandum ( secukupnya )
  • 1 cawan susu tepung
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • coklat rice untuk hiasan


Biskut Bangkit Kelapa Susu


Cara Membuatnya :


1- Panaskan kuali tanpa minyak .
2- Masukkan tepung ubi . Kacau hingga ringan . Keluarkan .
3- Masukkan tepung gandum . Kaau hingga ringan . Keluarkan
4- Ambil mangkuk , masukkan marjerin dan susu pekat manis . Kacau hingga ringan .
5- Masukkan kuning telur dan essen vanilla . Kacau hingga sebati .
6- Masukkan tepung ubi dan susu tepung . Gaul hingga mesra .
7- Masukkan tepung gandum secukupnya sehingga doh tidak melekat ditangan dan mangkuk . Bila tak melekat , maknanya doh sudah boleh diterap dengan acuan biskut .
8- Panaskan oven 160 darjah selama 10 minit
9- Taburkan coklat rice ke atas doh yang sudah diterap kemudian dibakar selama 10 minit menggunakan api bawah sahaja .


Biskut Bangkit Kelapa Susu


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon